Nawawi Mohamad, Maria Begum,
Malaysia Chronicle
Walaupun mendapat respon
negatif, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersedia untuk
mengumumkan pilihan raya umum pada bulan September. Menurut pemerhati
Umno, Najib tidak mampu untuk meyakinkan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin
Yassin dan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad kewajaran untuk
menunda tarikh pilihanraya lagi.
"Tidak kira apapun
provokasi, PRU ke-13 ditetapkan selepas Hari Raya kerana mood pada masa
itu adalah sesuai," kata pemerhati Umno kepada Malaysia Chronicle.
Ramai penyokong
Umno termasuk akhbar dan media pada minggu lalu meramalkan bahawa
pilihan raya umum ke-13 akan ditunda paling awal pada November selepas
musim haji pada bulan Oktober untuk memberikan masa yang cukup supaya
Najib berkesempatan untuk mengedarkan ‘gula-gula’ yang dijangka akan
diumumkan dalam Belanjawan 2013 pada 28 September nanti.
Antara alasan yang
diberikan adalah kejutan baru-baru ini oleh dua orang Ahli Parlimen BN
Sabah yang mengumumkan keluar parti dan penangkapan secara tiba-tiba
pengarah strategi PKR Rafizi Ramli kerana membongkar penglibatan
pemimpin Umno dalam rasuah RM250 juta NFC.
Panglima UMNO
tidak mahu menunggu lagi
Ketua bahagian dan para pemimpin
tertinggi yang sering dirujuk sebagai panglima Umno sedang kesuntukan
dana untuk menjalankan operasi parti dan memerlukan suntikan baru yang
telah diketepikan Najib untuk PRU ke-13.
Oleh itu, desakan
untuk pilihanraya - paling awal hanya boleh diadakan pada bulan
September selepas Najib mensia-siakan masa-masa yang lebih sesuai untuk
membubarkan Parlimen iaitu pada bulan November 2011, Mac / April 2012
dan Jun / Julai 2012.
Apabila Najib yang
telah berusia 58 tahun itu mengambil alih dari Abdullah Ahmad Badawi
pada April 2009, dia memiliki empat tahun sahaja bagi tempoh mandat lima
tahun yang diberikan oleh pengundi dalam pilihan raya umum 2008. Walau
bagaimanapun Najib telah menjanjikan pembaharuan dalam kerajaan agar
menjadi ' bebas rasuah’, namun dia telah gagal untuk memenuhi sasaran
yang ditetapkan.
Sebaliknya keadaan
semakin teruk, termasuklah dari segi ekonomi, polarisasi kaum, jenayah
yang semakin meningkat, rasuah dan kembalinya kerajaan kepada sifat
authoritarian yang semakin nyata.
Contohnya,
perintah untuk menahan Rafizi telah menjadikan dia lebih teraniaya
daripada pemimpin pembangkang itu sendiri, yang kini telah mendapat
status 'hero' kerana keberaniannya mendedahkan salah laku pemimpin Umno.
Penangkapan juga menyokong persepsi awam bahawa amalan rasuah UMNO
tidak boleh dimaafkan lagi dan semua pemimpin-pemimpinnya telah
berganding bahu dengan Najib untuk menghentikan Rafizi daripada
mendedahkan lebih banyak rahsia mereka.
Faktor Sabah
Hujung minggu
lalu, Najib telah diberi satu lagi tamparan apabila dua Ahli kanan
Parlimen BN meletak jawatan untuk menjadi ahli parlimen Bebas yang
memihak kepada Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Ketua Pembangkang,
Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lajim Ukin dan
Wilfrid Bumburing, penyokong kuat BN di Sabah, dijangka akan disertai
oleh rakan-rakan lain seawal minggu depan.
"Tiada apa yang
Najib boleh lakukan lagi. Sudah terlambat, rakyat tidak percaya apa yang
dikatakannya. Apa sahaja ancaman Najib dan BN untuk pilihan raya akan
datang tidak akan menghalang rancangan pemimpin-pemimpin Sabah yang lain
untuk meninggalkan BN. Jika tidak, pengundi di kawasan mereka tidak
akan mengundi mereka, "Chua Jui Meng, naib presiden PKR, berkata kepada
Malaysia Chronicle.
Tertekan akibat
'bencana yang bakal berlaku’
"Dia pasti telah
merasakan bencana yang bakal berlaku kepada BN," tambah Jui Meng
No comments:
Post a Comment