Penahanan Rafizi Ramli, pengarah strategi PKR, pagi ini
tidak memeranjatkan saya kerana tanda-tanda yang pentadbiran Najib akan
menggunakan apa sahaja kuasa yang ada kepada beliau untuk menekan orang
seperti
Rafizi. Bagi UMNO dan pimpinan BN Rafizi itu bersalah kerana membocorkan
rahsia
kecurangan yang berlaku di dalam kerajaan.
Rafizi di tuduh di bawah seksyen
97(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 di mahkamah seksyen
Shah
Alam pagi tadi. Bersama di tuduh ialah Johari Mohamad, pegawai dari
Public Bank,
kerana bersubahat dalam kes ini.
Rafizi memang sentiasa berada di
dada media dengan pembongkaran-pembongkaran yang melibatkan salahguna
wang dan
harta rakyat yang berlaku di dalam kerajaan pada masa kini. Kita tidak
menafikan jika ada akta yang boleh membawa Rafizi ke mahkamah, tetapi
apa yag
dibongkar oleh Rafizi itu sememangnya isu yang melibatkan wang dan harta
rakyat
yang sedang dirompak oleh pihak yang di beri mandat oleh rakyat selama
ini.
Pembongkaran yang dilakukan oleh
Rafizi telah menambah maklumat yang sebenarnya yang sepatutnya diketahui
oleh
umum sebagai empunyai negara ini. Pembongkaran oleh Rafizi sejak
akhir-akhir
ini membuatkan kerajaan BN yang sedang dalam keadaan ‘desperado’ menjadi
‘defensive’
dan banyak isu yang di bongkar oleh Rafizi tidak mendapat jawapan dan
respon
yang memuaskan banyak pihak.
Penahanan Rafizi awal pagi tadi menjadi
berita hangat di pasaran politik negara dan di mana-mana rakyat
memberikan
tumpuan yang sepenuhnya terhadap isu penangkapan itu. Apa yang jelas
kita
dengar ialah persepsi rakyat terhadap BN bertambah merudum dan mengambil
pandangan yang penangkapan itu merupakan salah satu dari tindakan BN
untuk
mempertahankan kuasa yang kian hari kian menjelaskan kemungkinan besar
kuasa
kerajaan akan berpindah tangan.
Kesalahan Rafizi, jika ada pun,
akan tetap memberikan impak negatif yang besar terhadap pihak kerajaan.
Jika
Rafizi melakukan kesalahan dengan pembongkaran itu, tetapi kenyataannya
tetap
menyatakan yang apa yang di bongkar oleh beliau itu ada perkara yang
benar-benar berlaku dan memudharatkan negara dalam jangka masa yang
panjang.
Penahanan dan tuduhan terhadap Rafizi tetap merupakan pengorbanan
peribadi yang
terpaksa beliau lalui semata-mata untuk mencari kebenaran.
Bagi saya penahan dan tuduhan
terhadap beliau itu akan memberikan semangat kepada rakyat ramai untuk
bersama-sama dengan Pakatan Rakyat untuk mengharungi ranjau-ranjau yang
kita
terpaksa lalui untuk meruntuhkan ‘hagemony’ UMNO dan BN yang tidak
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap masa depan perjuangan rakyat untuk
membina
negara yang maju dan kehidupan rakyat yang harmoni di antara semua kaum
buat
selama-lamanya.
Kepada Rafizi, saya bagi pihak
keluarga saya keseluruhannya, mengucapkan syabas di atas pengorbanan
beliau
dalam perjuangan kita dan saya berharap beliau akan tetap bersabar
menempuh
segala halangan yang diletakkan di hadapan beliau selama ini.
Saya yakin Rafizi tidak akan
gentar dan akan terus memberikan tugas untuk melakukan anjakan
dan peralihan dalam politik negara
yang sekarang sedang bersedia untuk menempuh perubahan yang akan berlaku
buat
kali pertamanya sejak negara merdeka 55 tahun yang lalu.
Rafizi mesti mengetahui yang
saudara mendapat sokongan ramai yang sentiasa berdoa saudara akan
bertambah
gigih untuk mencari kebenaran. Sokongan kerajaan negeri Selangor seperti
yang
di umumkan oleh TS Khalid Ibrahim petang tadi amat menggembirakan orang
biasa
seperti saya dibawah ini.
TS Khalid pastinya memahami apa
yang di hadapi oleh Rafizi kerana beliau sendiri (TS Khalid) juga sedang
menghadapi serangan yang tidak bermoral politiknya dari pihak BN
sekarang ini.
Janji kerajaan Selangor untuk membayar segala kos guaman Rafizi itu
sangat-sangat saya sanjungi.
Kita semua tahu di negara ini
yang memberikan maklumat terhadap kemungkaran pihak berkuasa merupakan
pihak
yang salah, tetapi kepada mereka yang melakukan segala kemungkaran
terhadap
rakyat dan negara sentiasa mendapat perlindungan dari kuasa yang ada di
tangan
mereka.
Itu pun sebabnya menukar kerajaan
adalah perkara yang wajib dilakukan untuk menghapuskan segala
kemungkaran
politik dan ekonomi yang sedang dilakukan oleh pihak BN tanpa had
sekarang ini.
Kita mesti mengetahui yang rakyat sedang memerhatikan gelagat pimpinan BN sekarang ini bukan sahaja dengan mata yang zahir tetapi dengan mata hati yang tajam itu.
Kita mesti mengetahui yang rakyat sedang memerhatikan gelagat pimpinan BN sekarang ini bukan sahaja dengan mata yang zahir tetapi dengan mata hati yang tajam itu.
No comments:
Post a Comment