Saturday, August 4, 2012

Saham FGVH merudum ?

Peneroka rugi, tanah tergadai

(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 3 Ogos: Harga saham Felda Global Vantures Holdings (FGVH) Berhad terus mencatat penurunan sehingga mencecah RM 5.00 awal pagi semalam.
FGVH yang baru disenaraikan pada 28 Jun lalu diapungkan pada harga RM4.55 seunit, dan hanya pernah sekali mencecah RM5.50 pada minggu awal disenaraikan sebelum terus merudum sehingga hari ini.
Menurut Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said, penurunan harga saham itu secara berterusan akan memberi kesan jangka panjang yang buruk kepada peneroka Felda.

“Kesan jangka panjang jika saham berterusan merudum, peneroka menanggung risiko bakal kehilangan 850,000 ekar tanah yang telah digadaikan kepada FGVH.
“Seperti yang kita telah beritahu, penyenaraian ini bukan untuk kepentingan peneroka sebaliknya semata-mata untuk pemimpin Umno dan Felda mengaut keuntungan,” katanya.

Menurut Suhaimi, sewaktu harga saham melonjak pada awal penyenaraian, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad telah mengaut keuntungan berjuta ringgit.
“Isa ada syer sebanyak RM180,000, awal penyenaraian harga saham melonjak dari RM 4.45 mencecah RM5.39, bayangkan RM180,000 kali 80 sen berapa jumlah keuntungan dikaut Isa?
“Peneroka pula hanya ada 800 unit saham seorang, itupun dipegang oleh syarikat pemegang amanah, oleh itu mereka tak boleh jual saham jika mereka mahu sekalipun, belainan d

Suhaimi turut mempersoal 800 unit saham berharga RM3,640 kepunyaan peneroka yang dibeli melalui pinjaman bank dan dibayar balik selepas enam bulan. Katanya, sekiranya harga saham turun, maka peneroka akan rugi apabila membayar pinjaman.
“Dengan wang ‘durian runtuh’ RM5,000 yang mereka dapat ditambah keuntungan saham yang tidak seberapa, macam mana nak bayar balik kepada bank ? Akhirnya peneroka dapat apa?” sinisnya.

Jelas Suhaimi, FGVH sebenarnya hanya bergantung kepada Tabung Haji, Tabung Angkatan Tentera dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
“Kalau bukan kerana sokongan tiga badan ini, pasti FGVH sudah runtuh seperti Amanah Saham Johor yang kini hanya bernilai 20 sen seunit.

“Sebab itu dalam Buku Jingga kita akan mansuhkan Felda Holdings sekiranya menang PRU dan bahagikan 850,000 ekar tanah itu kepada anak-anak peneroka, tapi jika tanah dah tergadai apa harapan mereka untuk dapat semula tanah itu?”  soal beliau lagi.
Mengikut maklumat di BSKL, setakat jam 12 tengahari tadi, saham FGVH direkodkan pada RM5.10 seunit.
Short URL: http://www.keadilandaily.com

No comments:

Post a Comment