sinar harian
22 Ogos 2012
22 Ogos 2012
Menjelang PRU 13
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta menimbang semula
cadangan pendaftaran secara automatik rakyat Malaysia berusia 21 tahun
sebagai pengundi, yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas
Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.
Ketua Pemuda DAP Anthony Loke Siew Fook berkata SPR perlu mengambil
kira cadangan Putera MIC pada satu pendengaran umum itu kerana majoriti
daripada 3.3 juta yang layak mengundi adalah anak muda.
"Ia cadangan yang baik dan Pakatan (pakatan pembangkang) sentiasa
mengalu-alukan pembaharuan seperti ini, tanpa mengira sama ada ia
dikemukakan parti komponen pembangkang atau Barisan Nasional," katanya
pada sidang akhbar di sini hari ini.
Loke yang juga Anggota Parlimen Rasah, berkata melalui langkah itu, SPR
dan semua parti politik boleh menggunakan sumber mereka untuk
menjalankan kegiatan lain. - Bernama
No comments:
Post a Comment