Wednesday, August 1, 2012

Wan Azizah lancar facebook ‘Ibu-ibu Malaysia Menentang Jenayah’



(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 31 Julai: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini melancarkan laman facebook ‘Ibu-ibu Malaysia Menentang Jenayah’ bagi memperluaskan kempen membanteras jenayah.
Katanya, ia merupakan inisiatif KEADILAN untuk mengurangkan kadar jenayah yang semakin meningkat dalam usaha menjadikannya sebagai agenda nasional.
“Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Pagawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala menghabiskan masa sepanjang Julai mempertikaikan kenyataan kami bahawa kadar jenayah telah meningkat di Malaysia.

“Mereka sebaliknya yakin jenayah adalah di bawah kawalan dan menurun, kerana mereka masih menunjukkan statistik jenayah yang disediakan oleh Pemandu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, dekat sini hari ini.
Beliau turut mempersoal pelbagai pengumuman kerajaan yang jelas bercanggah dengan indeks jenayah semasa sepertimana yang diuar-uar.

“Tetapi, pada masa yang sama, mereka telah mengumumkan beberapa inisiatif baru untuk memerangi jenayah, seperti MyDistress, Semakan Jenayah Online, meningkatkan pengambilan Rakan Cop dan pembiayaan serta jawatankuasa khas mengenai mangsa jenayah,” jelasnya.
“Apakah ini reaksi mereka terhadap kenyataan kami bahawa jenayah di Malaysia telah meningkat? Ini menunjukkan bahawa apa yang telah kami kemukakan adalah benar,” tegas beliau.

“Ini meningkatkan rasa bimbang berhubung keselamatan ahli keluarga, rakan-rakan saya dan orang awam,” kata Azizah lagi.
Mengulas lanjut mengenai pelancaran facebook itu, Azizah berkata, laman tersebut terbuka kepada semua masyarakat terutama wanita untuk memberi sokongan terhadap kempen membanteras jenayah dan berkongsi idea bagaimana untuk menangani kadar jenayah di Malaysia.

“Sebagai seorang ibu dan nenek, saya menjemput semua ibu untuk turut serta berkempen di laman facebook saya “Ibu-ibu Malaysia Menentang Jenayah,” jelasnya.
“Marilah kaum ibu semua, kita bersatu dalam menyuarakan perpaduan untuk memerangi jenayah. Kita mesti buktikan bahawa kita bukan kelompok minoriti. Ayuh kita bersatu dengan menyebarkan kempen ini agar suara rakyat akan menjadi lebih kuat demi keselamatan negara,” katanya lagi.

Maklumat terkini seperti gambar, video tentang kegiatan jenayah boleh dikongsi bersama di laman ini.
Short URL: http://www.keadilandaily.com

No comments:

Post a Comment