Isnin, 10 September 2012 sinar harian
google imej
PELABUHAN KLANG - Gara-gara tidak tahan bau ikan pekasan yang
digoreng, dua jiran bertengkar hingga nyaris mencederakan antara satu
sama lain.
Sumber polis berkata, jiran yang tinggal bersebelahan itu mula bertengkar apabila seorang daripada mereka menggoreng ikan pekasam untuk hidangan makan malam.

"Bagaimanapun, bau ikan pekasam yang digoreng itu menimbulkan rasa kurang senang jirannya.
"Kita difahamkan, jiran berkenaan cuba bersabar namun kemarahan tidak
dapat dibendung kerana bau kurang menyenangkan itu berlarutan sehingga
mengganggu rehatnya.
"Disebabkan bau itu, dia menjerit memanggil jirannya," katanya.
Menurutnya, berang kerana tidak diberikan respons, dia terus menerpa ke
rumah jirannya dan menyebabkan keadaan tegang serta berlaku pertengkaran
antara keduanya.
"Masing-masing mempertahan tindakan dan pertengkaran berlaku selama beberapa minit.
"Suasana kembali pulih selepas kedua-dua mereka ditenangkan saudara dan jiran terdekat," katanya.
Bagaimanapun, keluarga yang tidak berpuas hati dengan tindakan jirannya menggoreng ikan pekasam itu terus membuat laporan di Balai Polis Pelabuhan Klang.
Dalam laporan tersebut, keluarga berkenaan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan kerana aktiviti jirannya menggoreng ikan pekasam mengganggu ketenangannya dan keluarga serta mahu keberadaan mereka yang tinggal bersebelahan dihormati.

No comments:
Post a Comment