3 September 2012
PETALING JAYA - Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyatakan
pendiriannya sama sekali tidak akan menyokong sebarang idea menukar
Jalur Gemilang, namun kibaran Sang Saka Malaya tidak menjadi penghalang.
Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Sang Saka Malaya dikibar bukan untuk menggantikan Jalur Gemilang tetapi menunjukkan penghayatan sejarah oleh golongan muda.
Menurutnya, golongan yang mengibarkan bendera Sang Saka Malaya hanya ingin mengingati sejarah dan sekali gus cintakan negara.
"... pendirian kita tetap, kita tak sokong tukar Jalur Gemilang dengan Sang Saka Malaya tapi untuk kibarkannya tak ada masalah.
"Lagipun saya percaya golongan muda yang kibarkan Sang Saka Malaya tahu sejarah dan sayangkan negara," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
Semalam, Timbalan Ketua Penerangan AMK, Mohd. Najwan Halimi mendakwa dirinya adalah pereka bendera yang didakwa oleh penyokong Himpunan Janji Demokrasi akan menggantikan Jalur Gemilang.
Bendera Merah Putih seakan bendera Singapura itu dibawa penyokong himpunan tersebut di Dataran Merdeka 30 Ogos lalu dinamakan sebagai Sang Saka Malaya.
Berdasarkan laman Twitter @NajwanHalimi, pemimpin muda daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dilaporkan berkata, "Sang Saka Malaya akhirnya dikibarkan oleh anak-anak muda!"
Mohd. Najwan juga telah membuat penjelasan terperinci di laman blognya di http://www.najwanhalimi.com/ 2009/08/sang-saka-malaya.html dengan memberitahu bendera tersebut direkanya sempena memperingati sambutan kemerdekaan pada tahun 2007.
Justeru, Shamsul berkata, rekaan bendera yang cetuskan kontroversi tersebut tidak mempunyai sebarang kaitan dengan AMK.
"Rekaan bendera itu tak ada kena-mengena dengan kami (AMK) kerana masa itu (2007) Mohd Najwa belum menjadi pemimpin AMK.
"Isu tukar bendera ini hanya polemik yang digembar-gemburkan oleh media pro-Barisan Nasional (BN) dan media siber sahaja," katanya.
Beliau menambah, sebenarnya isu tersebut tidak perlu dipolemikkan dan dianggap berpotensi mengancam keselamtan negara kerana sebaliknya menunjukkan golongan muda yang celik sejarah.
Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Sang Saka Malaya dikibar bukan untuk menggantikan Jalur Gemilang tetapi menunjukkan penghayatan sejarah oleh golongan muda.
Menurutnya, golongan yang mengibarkan bendera Sang Saka Malaya hanya ingin mengingati sejarah dan sekali gus cintakan negara.
"... pendirian kita tetap, kita tak sokong tukar Jalur Gemilang dengan Sang Saka Malaya tapi untuk kibarkannya tak ada masalah.
"Lagipun saya percaya golongan muda yang kibarkan Sang Saka Malaya tahu sejarah dan sayangkan negara," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
Semalam, Timbalan Ketua Penerangan AMK, Mohd. Najwan Halimi mendakwa dirinya adalah pereka bendera yang didakwa oleh penyokong Himpunan Janji Demokrasi akan menggantikan Jalur Gemilang.
Bendera Merah Putih seakan bendera Singapura itu dibawa penyokong himpunan tersebut di Dataran Merdeka 30 Ogos lalu dinamakan sebagai Sang Saka Malaya.
Berdasarkan laman Twitter @NajwanHalimi, pemimpin muda daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dilaporkan berkata, "Sang Saka Malaya akhirnya dikibarkan oleh anak-anak muda!"
Mohd. Najwan juga telah membuat penjelasan terperinci di laman blognya di http://www.najwanhalimi.com/
Justeru, Shamsul berkata, rekaan bendera yang cetuskan kontroversi tersebut tidak mempunyai sebarang kaitan dengan AMK.
"Rekaan bendera itu tak ada kena-mengena dengan kami (AMK) kerana masa itu (2007) Mohd Najwa belum menjadi pemimpin AMK.
"Isu tukar bendera ini hanya polemik yang digembar-gemburkan oleh media pro-Barisan Nasional (BN) dan media siber sahaja," katanya.
Beliau menambah, sebenarnya isu tersebut tidak perlu dipolemikkan dan dianggap berpotensi mengancam keselamtan negara kerana sebaliknya menunjukkan golongan muda yang celik sejarah.
No comments:
Post a Comment