ROSEBURG: Seekor anjing memakan tiga jari kaki seorang pesakit kencing manis ketika lelaki itu tidur.
Pakar haiwan berkata, anjing itu bertindak demikian mungkin kerana deria
untuk membantu membuang daging yang membusuk pada lelaki berkenaan.
James Little, 61, membuat panggilan kecemasan Selasa lalu dan memberitahu anjingnya memakan jari kakinya itu ketika dia tidur.
Dia memberitahu wartawan semalam, keadaannya kini ‘memuaskan.’ Little
berkata, dia tidak menyedari jari kakinya dimakan anjingnya, Shiba,
kerana kakinya kebas akibat penyakit kencing manis.
Pegawai Kawalan Haiwan Douglas County, Lee Bartholomew berkata, anjing itu tidak kelihatan berbahaya.
Anjing memang diketahui memakan mayat atau daging manusia yang membusuk.
Seekor anjing di Illinois memakan jari kaki kiri seorang kanak-kanak 10 tahun yang berkudis ketika dia tidur Disember lalu.
Beberapa bulan sebelum itu, seekor anjing memakan ibu jari kaki lelaki
penghidap kencing manis ketika lelaki berkenaana tidak sedarkan diri
kerana mabuk. - AP
No comments:
Post a Comment