Katanya, isu terbabit tidak wajar diperbesarkan sehingga menjadi mainan politik Barisan Nasional (BN) dan berniat jahat.
“Isu ini dipermainkan politik kotor BN, dan pihak lain terikut-ikut mempermainkan isu ini. Ini bukan politik antara Umno dan PKR, tetapi babitkan soal kemuliaan Sultan. Kami tidak pernah halang keberangkatan Baginda, malah menyokong penuh jika Baginda ingin turut serta,” katanya, pada majlis Jamuan Aidilfitri, di Bilik Gerakan Parlimen Kangar, semalam.
Anwar berkata, isu membabitkan Sultan dan Raja tidak sepatutnya dipolitikkan kerana ia lebih sesuai dibincangkan antara Menteri Besar Selangor dengan Sultan Selangor.
“Jangan pula ada pegawai istana melangkaui kenyataan. Jika ada masalah berbangkit, elok Menteri Besar menghadap Sultan untuk penjelasan. Kita kena jaga prinsip itu. Pegawai Sultan tidak wajar campur tangan mengenai soal politik negara,” katanya.
Kelmarin, Setiausaha Sulit kepada Sultan Sharafuddin, Datuk Mohamad Munir Bani mengesahkan Sultan Selangor tidak dimaklumkan secara rasmi oleh Kerajaan Negeri mengenai sambutan kemerdekaa, sebaliknya hanya dijemput berangkat hadir pada majlis tahlil dan bacaan Yassin sempena kemerdekaan di Masjid Negara.
Anwar turut menjelaskan, kehadirannya pada program Ambang Merdeka adalah sebagai Penasihat Ekonomi Negeri dan bukannya sebagai pengganti Sultan Selangor, seperti heboh diperkatakan.
“Program yang saya hadiri di Selangor ialah Ambang Merdeka bukan sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos. Saya hadir sebagai Penasihat Ekonomi Negeri, tidak berniat untuk ganti tempat Sultan Selangor atau sesiapapun,” katanya
No comments:
Post a Comment