Monday, September 3, 2012

Anwar pohon mahkamah gugurkan pertuduhan terhadapnya dalam kes demo Bersih


September 03, 2012

Anwar Ibrahim tiba di mahkamah di iringi oleh isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. — Foto-foto Saw Siow Feng
KUALA LUMPUR, 3 Sept — Peguam-peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memohon agar mahkamah tinggi untuk menggugurkan pertuduhan ke atas ketua pembangkang itu yang terlibat dalam perhimpunan Bersih.
Mereka mendakwa kes itu diluar kuasa mahkamah sesyen apabila melibatkan dari perlembagaan persekutuan.

Anwar mendakwa perbicaraan untuk mendakwa beliau ketika perhimpunan jalanan yang diharamkan pada 28 April sebagai satu usaha menjatuhkannya, dengan mendakwa perintah mahkamah untuk menutup Dataran Merdeka sempena demonstrasi “duduk bantah” mereka, sebagai tidak sah.
Barisan peguam ketua umum PKR itu telah memberitahu mahkamah sesyen pada 28 Mei yang lalu telah melanggar perlembagaan persekutuan, yang menjamin hak untuk berhimpun.

Barisan peguambela hari ini mendakwa hanya mahkamah tinggi sahaja mempunyai kuasa untuk memutuskan sesuatu kes yang melibatkan “interpretasi perlembagaan” selaku undang-undang tertinggi negara.
Beliau berkata permohonan untuk memindahkan ke mahkamah tinggi dilakukan pada saat akhir dan hanya difailkan pagi ini.


Azmin Ali (kiri) tiba di mahkamah.
Hakim mahkamah sesyen Mahmud Abdullah kemudian menetapkan 13 September sebagai tarikh untuk mendengar bantahan pendakwa dalam memindahkan kes ke mahkamah tinggi.
Ahli parlimen Permatang Pauh yang berusia 64 tahun telah didakwa pada 22 Mei kerana menyertai perhimpunan haram dan melanggar seksyen 4(2)(c) dalam akta perhimpunan aman, selepas sebulan undang-undang itu digazetkan bagi membenarkan perhimpunan “dengan mengikut norma antarabangsa” dilakukan.
Turut didakwa ialah timbalan presiden PKR, Azmin Ali, dan ketua cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin.

Ketiga-tiga juga turut didakwa dengan dua lagi kesalahan, dengan tuduhan melibatkan tiga ahli PKR, Tangam Raju, Rajesh Kumah Gejinder dan Farhan Ibrahim @ Alias, kerana membuka halangan polis yang menutup Dataran pada 28 Arpil semasa demo Bersih 3.0.

Pertuduhan lain pula ialah seksyen 109 kanun keseksaan yang melibatkan Tangam Raju, Rajesh Kumar dan Farhan kerana melanggar arahan mahkamah menutup Dataran Merdeka pada 28 April demonstrasi duduk bantah untuk reformasi pilihan raya.
Dalam video yang disiarkan online, Anwar telah dilihat bersama Azmin sebelum penyokong melanggar halangan polis di keliling dataran tersebut.
Anwar dan Azmin menafikan bahawa isyarat yang diberikan adalah arahan untuk melanggar halangan polis, tetapi untuk pengerusi PKR Selangor untuk berbincang dengan polis.

Anwar berkata isyaratnya itu bermaksud mengarahkan Azmin untuk berbincang “nego, nego”.
Azmin kemudian menunjukkan isyarat ibu jari dan mengangguk kepada timbalan perdana menteri untuk berkata “saya sudah berbincang dengan polis”.

Beberapa ahli penyokong merempuh dataran dan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebelum beramai-ramai menjerit “masuk, masuk” dan kelihatan seorang lelaki menolak ke tepi penghadang besi untuk untuk penyokong masuk ke dataran tersebut.

Polis telah menerima arahan mahkamah untuk menghalang orang ramai untuk memasuki dataran tersebut, dengan pemimpin Bersih turut memberitahu penyokong supaya tidak melanggar arahan, sebaliknya duduk untuk pilihan raya adil dan bersih di mana mereka berada.

Tetapi para penunjuk perasaan melanggar halangan tersebut, seterusnya menyebabkan polis menyembur meriam air dan gas pemedih mata kepada mereka. Ini menyebabkan keadaan huru-hara dan para demonstrat melawan dan sesetengah dari mereka diserang dan diancam para penunjuk perasaan.
Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata apabila membahaskan akta perhimpunan aman tahun lalu dan menggalakkan manusia untuk membenarkan rakyat Malaysia untuk berhimpun dengan aman “mengikut peraturan dengan norma antarabangsa”. The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment