(Oleh: Norutul Ilham)
LABUAN 15 September: Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali, menggesa rakyat Sabah supaya berani membuat perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 demi menyelamatkan negara daripada terus dibinasakan Umno Barisan Nasional (BN).
Berucap di Kampung Tanjung Aru, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah semalam, beliau mahukan rakyat Sabah membuktikan kepada kerajaan Umno-BN bahawa kebangkitan rakyat tidak dapat dihalang demi perubahan.
“Bangun bawa perubahan dalam pilihan raya akan datang, jangan takut, takut atau tidak? Ini hak kita, Labuan, Malaysia kita punya.
“Ini saya nak minta orang Labuan lakukan sesuatu, pilihan raya sudah dekat, kita kena bawa perubahan, saya yakin hari ini semangat rakyat Malaysia sama ada Sabah atau Sarawak atau Labuan saya yakin bahawa Pakatan Ra
Kata beliau, tiada guna lagi rakyat Sabah memilih Umno BN kerana parti itu langsung tidak bertanggungjawab, malah menindas rakyat dengan pelbagai cara.
“Saya yakin, kerana sebab kita bertanggungjawab untuk selamatkan rakyat dan ekonomi kita. Harga (barang) di Labuan terlalu mahal, kalau dulu orang Kinabalu datang, Brunei pun datang beli barang di Labuan, sekarang orang Labuan kena pergi ke Sabah beli barang, mengapa Najib tidak timbang masalah ini, kenapa Rosmah tidak faham masalah rakyat di Labuan?
“Sudahlah gaji minima pun tidak dapat, tapi Najib tidak peduli pun. Percayalah bila Pakatan Rakyat diberi amanah, kita akan pastikan gaji minima dilaksanakan kepada pekerja-pekerja dalam negara ini,” katanya.
Azmin dan pimpinan PR berada di Sabah bagi lawatan sempena sambutan Hari Malaysia ke-49 dan dijadualkan akan ke Sarawak.
Hadir sama, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang bakal memberikan impak kepada pengundi Sabah dalam misi menumbangkan kerajaan Umno BN.
Short URL: http://www.keadilandaily.com
No comments:
Post a Comment