Rabu, 12 September 2012
myMetro
HILANG...Zainab menunjukkan gambar Harun dan tunangnya.
KANGAR: Seorang ibu langsung tidak menyangka bahawa kata-kata anak
bongsunya agar tidak mengedarkan kad perkahwinan dengan pasangannya, Nur
Mazera Mansor, 22, sebenarnya membawa makna dia ingin melarikan diri.
Lebih mengejutkan, lelaki berkenaan, Harun Aris, 24, yang membantu
perniagaan keluarganya dikatakan menghilangkan diri bersama seorang
wanita berstatus janda berusia 40-an yang baru dikenalinya sejak sebulan
lalu.
Ibunya, Zainab Arop, 59, berkata biarpun Harun bersikap agak pelik
sebelum menghilangkan diri, dia dan suaminya tidak menyangka tindakan
anak mereka itu.

No comments:
Post a Comment