(Oleh Aliff Fikri)
KUALA LUMPUR 7 September: Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan yang melakukan provokasi dengan membaling kasut ke dalam masjid, 2 September lalu.
“Sepatutnya tindakan tegas diambil kerajaan, kerana tindakan yang mereka lakukan mencemar kesucian sebuah rumah ibadat.
“Tindakan yang dipercayai dilakukan Perkasa ini jelas menunjukkan
mereka menjadikan agenda politik jauh mengatasi agama, sekaligus
membelakangi agama Islam itu sendiri,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, tindakan tersebut juga sama seperti kejahilan yang berlaku di zaman Nabi Muhammad SAW.
“Baginda Nabi Muhammad SAW dulu pernah mengkritik tindakan jahil
pemimpin yang membebaskan golongan yang melakukan kesalahan besar tapi
menangkap dan mengenakan hukuman terhadap pesalah yang melakukan
kesalahan kecil,” tegas beliau.
Mengecam tindakan sama, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata,
tindakan membaling kasut di dalam masjid lebih tercela daripada memijak
gambar Perdana Menteri dan isterinya.
Ahad lalu, anggota kumpulan pendesak Melayu didakwa membuat kacau
ketika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan tazkirah
di masjid Al- Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah.
Ini kerana, katanya, masjid merupakan tempat suci dan dikira rumah Allah.
Justeru,
beliau mempersoalkan tindakan kerajaan dan akhbar arus perdana
membesar-besarkan insiden memijak gambar melebihi insiden serangan
masjid itu.
“Adakah mereka hendak kata gambar itu lebih suci daripada masjid, rumah Allah?” soalnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com

No comments:
Post a Comment