Ini merupakan salah satu aksi bunuh diri yang paling mengerikan dan
dapat membuat bulu roma anda merinding hanya dengan membacanya saja.
Sebabnya seorang wanita Taiwan yang diduga menderita depresi, melakukan aksi bunuh diri dengan melompat ke kandang buaya pada sebuah tempat pelancungan yang popular di Thailand.
Seperti yang dilansir Dailymail, wanita berusia 36 tahun itu
mengatakan kepada suaminya bahawa dia akan mengunjungi doktor dan kemudian
mengunjungi penternakan buaya Samut Prakarn di luar Bangkok.
Wanita tersebut tidak pernah kembali ke rumahnya, namun tertangkap
kamera CCTV ketika memasuki objek wisata popular yang berjarak 20 km
sebelah selatan dari ibukota Thailand.
Namun, penternakan buaya tersebut dilaporkan membantah menjadi tempat insiden itu terjadi.
suami wanita itu, Sunai Jisathra (55), mengatakan dia diberitahu oleh pekerja
di sana bahawa seorang wanita dengan ciri-ciri seperti isterinya Tiphawan,
telah maut dimakan buaya.
Dia mengatakan bahawa para pekerja di penternakan itu mengatakan bahawa
wanita tersebut ‘melompat dengan sengaja’ ke dalam lubang buaya.
Jisathra juga mengatakan bahawa seorang lelaki yang mengatakan sebagai
wakil dari peternakan tersebut telah menemuinya dan berharap untuk
membuat suatu kesepakatan.
Sang suami mengatakan bahawa dia tidak terkejut dengan insiden
tersebut, sambil menambahkan bahawa isterinya mempunyai masalah kewangan
“Dia mungkin melakukan bunuh diri untuk menghindari masalah nya,” kata sang suami.
Dia mengatakan bahawa dirinya tidak akan mengajukan tuntutan apapun
terhadap pemilik peternakan tersebut. Yang ia inginkan adalah kebenaran
tentang insiden dimana tempat-tempat wisata di Thailand diduga sering
menutup-nutupi insiden semacam itu. SUMBER

No comments:
Post a Comment