Saturday, September 15, 2012

Dua lelaki ditangkap di lapangan terbang kerana menyeludup wang di dalam perut


Dua orang lelaki ditangkap pihak berwajib Kolombia kerana mencuba menyeludupkan ratusan ribu dolar dalam bentuk tunai dengan menyimpannya dalam perut

Polis  Kolombia pada hari Jumaat (14/09) mengatakan telah menangkap dua orang lelaki di sebuah airport di Medellin, setelah para petugas menemukan wang tunai sebesar 80,000 dolar yang disembunyikan dalam perut mereka.
Pihak berwenang mengatakan bahawa kedua lelaki tersebut menelan wang dolar yang dibungkus dalam lateks, kaedah yang sering dilakukan beberapa penyeludup dadah untuk menyembunyikan kokain dan heroin dari endusan pihak berwajib.

Seorang warga Kolombia ditahan pada 8 September lalu, setelah tiba dalam penerbangan dari Kosta Rika. Pihak keselamatan mengatakan bahawa dia tampak gugup dan kemudian mengakui bahawa dirinya menelan wang yang semuanya dalam pecahan 100 dolar, dan masing-masing dipisahkan menjadi 40 paket yang tertutup lateks.

Polis  kemudian membawa lelaki itu ke klinik di Medellin dan memberinya ubat pencahar, guna memaksa dia untuk mengeluarkan paket yang berada di perutnya.

Orang kedua ditangkap pada hari Khamis (13/09) setelah tiba dari Kosta Rika dengan wang tunai tersembunyi di perutnya.
Belum jelas motif kedua lelaki tersebut menyembunyikan wang dalam perut mereka, dan apakah wang itu akan digunakan dalam transaksi dadah.

Kedua orang mengatakan kepada polis  bahawa mereka adalah pengusaha, dan tidak mengenal satu sama lain.
Pihak berwenang tidak merilis nama kedua lelaki tersebut, namun mengatakan mereka bisa dituntut dengan tuduhan pencucian wang.

No comments:

Post a Comment