KHAIRI menunjukkan gambar fotofit suspek kes rogol (belakang) pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki bertindak licik apabila menjadikan sebuah
bilik hotel bajet di Taman Segar, Cheras di sini kononnya sebagai tempat
temu duga namun sebaliknya merogol dan menyamun seorang gadis yang
merupakan siswazah sebuah kolej swasta Khamis lalu.
Mangsa berusia 22 tahun tersebut dikatakan terpedaya dengan helah suspek
selepas terpengaruh dengan tawaran gaji lumayan sebagai jurujual yang
dikatakan mampu memperoleh pendapatan RM400 sehari selepas melayari
sebuah laman web. ada lagi
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner
Khairi Ahrasa berkata, mangsa diarahkan datang ke bilik hotel bernombor
207 oleh suspek bergelar Faye, 30-an, selepas berhubung melalui e-mel.
Suspek mengaku sebagai orang yang akan menemu duga mangsa.
Katanya, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudian pergi ke bilik
itu pada pukul 7.03 petang bersendirian dengan membawa dokumen
berkaitan.
“Sebaik sahaja mangsa masuk ke bilik itu, suspek terus menarik tangannya
dan merogol mangsa. Bukan itu sahaja, suspek turut menyamun telefon
bimbit dan jam tangan mangsa.
“Identiti suspek masih belum diperolehi kerana dia tidak mendaftar di
situ. Ogos lalu, terdapat kes serupa berlaku ke atas wanita berusia 23
tahun melibatkan modus operandi dan suspek yang sama,” katanya pada
sidang akhbar di sini.
Bagaimanapun tambahnya, wanita itu mendapat maklumat daripada laman web
berlainan dan pekerjaan sebagai jurujual ditawarkan dengan gaji RM200
sehari.
Sehubungan itu, Khairi semalam mengedarkan fotofit suspek tersebut
berdasarkan maklumat yang diberi oleh dua mangsa bagi meminta orang
ramai yang mempunyai maklumat mengenainya tampil kepada polis.
“Graduan, terutamanya gadis yang terdesak untuk mendapatkan pekerjaan
selepas tamat belajar, dinasihatkan supaya berhati-hati dengan tawaran
yang tidak masuk akal bagi mengelakkan kejadian sama berulang,” katanya

No comments:
Post a Comment