sinar harian
12 September 2012
12 September 2012
IPOH - Seorang remaja lelaki berumur 15 tahun cedera di kaki selepas
terkena beberapa das tembakan yang dilepaskan bapanya di rumah mereka di
Taman Panorama Rapat Indah, Gunung Rapat di sini, semalam.
Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, dalam kejadian
kira-kira pukul 4.40 petang itu, mangsa dipercayai mahu meleraikan
pergaduhan antara ibu dan bapanya sebelum terkena tembakan tersebut.
"Berlaku perselisihan faham antara suspek dan isterinya sebelum
pergaduhan berlaku di antara mereka. Suspek yang menggunakan pistol
jenis Browning cuba bertindak melepaskan tembakan terhadap isterinya.
"Malangnya mangsa yang mahu meleraikan pergaduhan itu terkena tembakan tersebut," katanya menerusi sistem pesanan ringkas.
Mohd Shukri berkata, suspek berusia dalam lingkungan 40-an itu yang
terkejut dengan kejadian tersebut kemudian melarikan diri dengan menaiki
motosikal.
Beliau berkata, mangsa dihantar ke Hospital Permaisuri Bainun untuk
rawatan lanjut dan gerakan mencari suspek sedang dijalankan.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek supaya
segera melaporkannya kepada balai polis berhampiran. - Bernama
No comments:
Post a Comment