Rabu, 5 September 2012
BEG milik pemerintah India ditemui semula selepas 46 tahun hilang
CHAMONIX, Perancis - India semalam memperoleh semula sebuah beg diplomatik yang dihantar dari Mumbai ke New York 46 tahun lalu.
Beg diplomatik itu mengandungi beberapa surat khabar ditemui di kawasan
pergunungan Alps dekat lokasi sebuah pesawat Air India yang terhempas
pada Januari 1966.
Ia ditemui oleh seorang pekerja penyelamat di kawasan pergunungan itu,
Arnaud Christmann dan anak perempuannya, Jules Berger pada 21 Ogos lalu.
Seramai 117 orang mati dalam pesawat itu termasuk arkitek program nuklear India, Homi Jehangir Bhabha.
Setiausaha Kedua Kedutaan India di Paris, Satwant Khanalia mengambil beg
tersebut bagi pihak pemerintah India di bandar ini dekat kawasan
pergunungan tersebut.
Beg itu tertera perkataan Kementerian Hal Ehwal Luar India. - AFP

No comments:
Post a Comment