sinar harian
25 September 2012
[DIKEMAS KINI] SHAH ALAM - Peratusan jangkaan Barisan
Nasional (BN) akan menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) merosot
berbanding kedudukan awal tahun, demikian menurut hasil kajian terbaru
diumumkan oleh pusat penyelidikan Universiti Malaya (UM), hari ini.
Sebaliknya, jangkaan bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan mencapai misinya menguasai Putrajaya dan menggantikan BN di pusat meningkat.
Sebaliknya, jangkaan bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan mencapai misinya menguasai Putrajaya dan menggantikan BN di pusat meningkat.
Peratusan pengundi yang tidak pasti berhubung soalan yang membawa
kepada jangkaan itu - "dengan andaian anda tidak memihak kepada
mana-mana parti politik, parti manakah yang anda jangka akan menang di
peringkat nasional dalam PRU13 dan menguasai Putrajaya", mengalami
penurunan daripada 30 peratus kepada 26 peratus.
Kedudukan itu 26 peratus itu dilihat menggambarkan pendirian
pengundi-pengundi atas pagar, yang akan memainkan peranan penting dalam
PRU13.
Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM (Umcedel) ini
menunjukkan hanya 44 peratus mengatakan BN dijangka menang di peringkat
nasional berbanding jangkaan 49 peratus Mac lalu. Dalam pada itu,
peratusan keyakinan PR akan menang meningkat daripada 21 peratus kepada
30 peratus - satu tahap kenaikan yang besar.
Penemuam ini adalah berdasarkan kajian perbandingan yang dijalankan
pada Mac-April dan September 2012. Kajian awal dijalankan antara 31 Mac
dan 15 April lalu manakala yang terbaru dari 1 hingga 16 September.
Dalam pada itu, kajian yang sama menunjukkan bahawa bilangan responden
yang yakin PR akan mengekalkan kuasa di Selangor meningkat besar
daripada 38 peratus pada Mac kepada 50 peratus pada bulan ini.
Bagaimanapun jangkaan bahawa BN akan menang pula merosot daripada 28
peratus kepada 16 peratus. Jangkaan di kalangan responden yang tidak
pasti kekal 34 peratus pada Mac dan September.
Senario yang sama ditunjukkan oleh data membabitkan Kedah.
Paras jangkaan PR akan menang di Kedah naik daripada 37 peratus kepada
48 peratus manakala di pihak BN pula menurun daripada 40 peratus kepada
32 peratus. Jangkaan di kalangan responden tidak pasti menurun sedikit
daripada 23 peratus kepada 20 peratus.
Selangor, Kedah dan Pulau Pinang dikuasai oleh PR pada Pilihan Raya Umum 2008. Pas memerintah Kelantan sejak 1990.
Kajian Mac-April menggunakan 2,282 responden manakala kajian terbaru membabitkan 1,536 responden.
Daripada 1,526 responden, seramai 1,041 melibatkan orang Melayu, Cina (385) dan India (110).
Dalam kenyataan hasil kajian yang dikeluarkan hari ini, Umcedel
berkata, pemilihan responden dipilih secara rawak dengan soalan kaji
selidik berstruktur.
No comments:
Post a Comment