Costly gaming: Six-year-old Will Smith played
popular children's online game Tiny Monsters on his grandfather's iPad
racking up a £2,000 credit card bill
Seorang kanak-kanak enam tahun di England yang masih duduk di sekolah rendah
meninggalkan hutang sebanyak 2000 poundsterling
di kad kredit keluarganya untuk bermain game di iPad datuknya.
Will
Smith mengeruk kad kredit datuknya itu ketika dia memainkan
game Monster Island, video game popular anak-anak di iPad ayahnya. Wang yang banyak itu dia habiskan untuk "mengumpulkan" dan "memelihara"
makhluk-makhluk digital dalam permainan tersebut.
Para pemain game tersebut harus bertempur untuk melalui beberapa level sebelum jagoan mereka mencapai "Dark Monster".
Tindakannya
diketahui ketika polis antipenipuan curiga melihat aktiviti di kad kredit keluarga itu. Polis tentu terkejut ketika mengetahui bahawa kanak-kanak
itu yang menghabiskan wang datuknya.
Will kecil sendiri berhasil
menggunakan kad kredit itu setelah menemukan password datuknya di
iTunes. Kad kredit itu digunakan untuk membayar makanan dan koin
virtual seharga 70 pounds setiap kali
transaksi.
Tetapi keluarganya sama sekali tidak tahu dia telah
menghabiskan wang sebanyak itu, sampai ketika nenek Will gagal
berbelanja di kedai retail tempatan kerana kad kreditnya ditolak.
"Saya
pasti telah mensinkronisasi kad kredit saya dengan App Store dan Will
hanya menekan tombol untuk membeli makanan dan koin untuk
monster-monsternya," kata Barry Smith, datuk Will.
"Saya terkejut betapa mudahnya bagi anak-anak untuk membeli barang-barang. Will baru berusia enam tahun," ujar dia lagi.
Barry
Smith yang berasal dari Redcar, North Yorks, England, telah menjelaskan
peristiwa itu kepada Apple dan perusahaan itu setuju untuk
mengembalikan wang yang dihabiskan Will.
Tetapi ketika keluarga
itu menjelaskan pada Will bahawa dia tidak boleh lagi memainkan
monster-monsternya, kanak-kanak itu sangat kecewa. Ibunya Nicola (32)
bercerita bahawa Will sangat kecewa kerana dia hampir mencapai level 26
dan akan segera menghadapi Dark Monster.
sumberhttp://www.dailymail.co.uk
No comments:
Post a Comment