Keluarga
mendiang Chin Yoon Kiong, yang merupakan penderma jantung kepada Tee
Hui Yee, melahirkan rasa sedih selepas menerima khabar kematian gadis
berkenaan.
Chin Pak Siong, 53, bapa Yoon Kiong, berkata mereka sekeluarga dimaklumkan mengenai kematian Hui Yee kira-kira pukul 11 pagi semalam oleh ibu gadis berkenaan.
"Saya terkejut dan rasa sedih. Saya dan isteri dijangka tiba ke Batu Pahat untuk menziarahi keluarga Hui Yee, kira-kira pukul 10 malam ini," katanya ketika dihubungi.
Pak Siong, yang memiliki bengkel membaiki motosikal di Kangkar Pulai, dekat Johor Baharu, berkata dia selalu bertanyakan khabar Hui Yee melalui telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) walaupun jarang berpeluang untuk berjumpa gadis
itu.
Katanya kali terakhir mereka bertemu adalah pada Mac lepas di kediaman Hui Yee, di Kampung Parit Besar, di Batu Pahat.
Hui Yee, 19, disahkan meninggal dunia di Hospital Batu Pahat semalam selepas mengadu sakit dada dan belakang sejak malam kelmarin.
Anak bongsu daripada empat beradik itu menjalani pembedahan pemindahan antung yang pertama pada 4 Oktober 2007 apabila keluarga seorang remaja lelaki elayu dari Sitiawan, Perak bersetuju mendermakan organ anak mereka yang eninggal dunia akibat kemalangan.
Hui Yee kemudian terpaksa menjalani pembedahan pemindahan jantung yang isumbangkan Yoon Kiong, keesokan harinya selepas jantung pertama itu tidak esuai dengan sistem badannya.
Keluarga Yoon Kiong pula membuat keputusan mendermakan jantung mendiang epada Hui Yee selepas dia koma akibat kemalangan jalan raya.
- Bernama

No comments:
Post a Comment