6 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
Tindakan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada hari ini dengan meminta
rakyat memberikan kemenangan kepada BN untuk satu lagi penggal supaya
pihaknya dapat membawa lebih pembangunan kepada negara ini, dilihat
sebagai satu tindakan terdesak sebelum menjelang PRU 13 tidak berapa
lama lagi.
Najib dipetik sebagai berkata "Percayalah saya, kerajaan akan terus menjuarai negara membangun dengan sokongan rakyat," katanya.
Najib yang juga pengerusi BN berkata, sekiranya diberikan mandat baru, lebih banyak perkara yang dapat dilakukan.
Beliau berkata demikian di hadapan 1,000 orang dalam pelancaran Pusat Transformasi bandar di Kuala Lumpur pagi tadi.
Beliau berkata demikian di hadapan 1,000 orang dalam pelancaran Pusat Transformasi bandar di Kuala Lumpur pagi tadi.
Sedangkan pada
realitinya rakyat sebenarnya telah menunggu selama 55 tahun , dimana
setiap kali pilihanraya pemimpin BN menjanjikan sesuatu yang terbaik
tetapi sentiasa diabaikan begitu sahaja.
Bila PRU sudah menjelang tiba mereka mula menjanjikan sesuatu yang terbaik kepada rakyat.
Saya melihat tindakan
terdesak Najib pada hari ini adalah dalam keadaan BN yang sudah sedia
ditumbangkan oleh gelombang rakyat. Nyawa BN yang sudah berada ditahap
nyawa-nyawa ikan nampaknya sudah tidak dapat diselamatkan.
Kekuasaan BN selama 55
tahun yang berada dihujung tanduk nampaknya mendorong Najib untuk
melakukan sesuatu diluar jangkaan sebagaimana janji manisnya pada hari
ini.
Drs. Khalil Idham Lim
ADUN Titi Serong.
No comments:
Post a Comment