TANGKAK 14 SEPTEMBER: Selepas bas Merdeka Rakyat disimbah cat ketika
solat Jumaat, rombongan Merdeka Rakyat diganggu pula sekumpulan 20 ahli
Patriot. Mereka yang dipercayai ahli Patriot melakukan kekacauan di
perkarangan Bilik Gerakan DUN Tangkak yang baru dilancarkan Ketua Umum
KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Kira-kira jam 2.20 petang itu, kumpulan berkenaan dilihat terjerit-jerit
sambil membawa kain rentang yang tertera perkataan tokoh rakyat,Datuk
Seri Anwar Ibrahim.
Namun penyokong Pakatan yang hadir pada majlis pelancaran bilik gerakan
yang baru itu, spontan meneriak ‘Hidup Anwar’ dan ‘Hidup Rakyat’ dengan
lantang.
Kehadiran polis kemudian menyurai kumpulan berkenaan, kira-kira 20 minit kemudian.
Turut hadir dalam majlis perasmian, Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution, Naib Presiden, Datuk Chua Jui Meng, Fuziah Salleh, dan Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin. ~keadilandaily

No comments:
Post a Comment