Sunday, September 23, 2012

Lelaki Inggeris bayar pembunuhnya sendiri


Stephen Phillips 2
Polis  Thailand mengatakan bahawa Stephen Phillips mungkin tanpa disedari memberikan isterinya wang untuk membiayai pembunuhannya sendiri

Seorang pesara pekerja kereta api dari England, ditembak mati oleh pembunuh bayaran setelah sang isteri muda Thailand-nya menggunakan wang simpanan lelaki  itu untuk membayar para pembunuh profesional guna menghabisinya, menurut polis  Thailand.

Stephen Phillips (59), dari Torquay, Devon, ditembak mati bulan lalu  ketika dia menunggang motorsikal   di dekat kediamannya di sebuah desa terpencil, Baan Phai, sekitar 250  batu dari Bangkok.
Isterinya Wilaiwan (29) bersama dua orang Thailand, salah satunya diyakini sebagai kekasih gelap Wilaiwan, telah didakwa oleh polis  dengan tuduhan melakukan konspirasi untuk pembunuhan.

Petugas berfikir bahawa Phillips mungkin tanpa disedari memberikan isterinya wang untuk membiayai
pembunuhannya sendiri.
Pembunuh upahan  menembak Phillips di perut dan kedua kakinya sebelum menyarangkan sebuah peluru ke kepalanya.

Diyakini bahawa Phillips baru saja mengambil polisi  insuran nyawa sebesar 200,000 poundsterling, dan hampir 12,000   pound telah ditarik dari rekening bank di minggu-minggu menjelang penembakan, menurut laporan TheSun.
Namun, Wilaiwan yang bertemu dengan Phillips di internet, telah membantah terlibat dalam kematian suaminya dan mengatakan pasangan itu telah ditipu sebesar 7,000 pound oleh mafia bawah tanah dalam sebuah penipuan investasi.

“Orang-orang ini bukan lokal. Mereka melakukan perjalanan dari satu provinsi ke provinsi dan menipu orang. Suami saya marah dengan saya. Ia mengatakan ia akan bertemu dengan mereka.” tutur Wilaiwan kepada polis .
Namun, petugas menjadi curiga ketika melihat perilaku Wilaiwan di pemakaman suaminya, di mana ia dikatakan berpakaian tidak tepat untuk sebuah upacara kremasi.

Menurut Andrew Drummond, seorang teman Phillips yang tinggal dekatnya di Thailand, Phillips digelar  ‘Banteng yang terluka’ kerana sifat nya yang ‘mudah ditipu dan naif’, namun mengatakan bahawa meskipun begitu lelaki tersebut mencintai hidupnya di Thailand

Polis Thailand tidak mengomentari cerita Wilaiwan tapi seorang jurucakap   polis , Khon Kaen Juru mengatakan bahawa penyiasatan pembunuhan ketika  ini sedang berlangsung, dan tidak ada tersangka yang telah dikesampingkan dalam kes ini.
“Kami berharap untuk melakukan penahanan dalam waktu seminggu. Kerana orang asing telah mati  maka ada penekanan ekstra dalam investigasi. Pemandu  telah mengaku dan kita telah mengetahui indentiti orang bersenjata itu.” jelasnya.manadotoday

No comments:

Post a Comment