Tuesday, September 4, 2012

Lim Guan Eng mengecam tindakan berat sebelah

KUALA LUMPUR, 3 Sept — Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, hari ini meminta Polis Di Raja Malaysia (PDRM) agar mengambil tindakan kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) kerana pernah memijak potretnya satu ketika dahulu.

Lim dalam kenyataannya mengecam tindakan berat sebelah dan sikap memilih yang diamalkan oleh Barisan Nasional (BN) dalam menangani isu beberapa anak muda memijak potret perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak, sewaktu sambutan ambang Kemerdekaan anjuran Gabungan Janji pada malam Khamis lalu.

“Adakah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, boleh berjanji pihak kementeriannya akan bertindak tegas dan mengikut lunas perundangan ke atas penyokong BN yang melakukan aksi sama ke atas pemimpin Pakatan Rakyat seperti individu yang memijak potret PM?” kata Lim dalam satu kenyataan yang dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini.
· ·

No comments:

Post a Comment