Monday, September 17, 2012

Nik Aziz kutuk penerbitan filem 'Innocence of  Muslims'

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Mat mengutuk pihak yang menerbitkan filem 'Innocence Of Muslims' yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. Mursyidul Am PAS itu menyifatkan mereka yang bertanggungjawab menerbitkan filem tersebut sebagai orang 'tidak betul' dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menyebarkan filem itu.Katanya tidak ada manusia yang lebih mulia daripada Nabi Muhammad S.A.W. kerana baginda dilantik oleh Allah sebagai Nabi sedangkan kemuliaan dan kehormatan seseorang manusia lain hanya dipilih dan dilantik sesama manusia.

"Bila kita hina orang bererti kita mulia, jadi kita mulia daripada Nabi adakah masuk akal?," katanya kepada pemberita selepas merasmikan perbarisan sambutan Hari Malaysia peringkat negeri Kelantan di Padang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tumpat, semalam.
Bernama

No comments:

Post a Comment