06 September, 2012
KUALA LUMPUR 6 September: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said berkata
siasatan polis langsung tiada kaitan dengan tindakannya membaca puisi di
Himpunan Janji Demokrasi pada malam ambang kemerdekaan Khamis
lalu.Sebaliknya, beliau yang lebih mesra dipanggil Pak Samad berkata,
polis banyak bertanya mengenai hal peribadi yang tidak sepatutnya
dijawab.“Tidak ditanyakan langsung mengenai puisi. Saya fikir saya
dipanggil atas sebab puisi, tapi dalam pertemuan tadi, saya langsung
tidak ditanya mengenainya, soalan yang ditanya tiada kena mengena.
Semalam, Ketua Polis IPD Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad mengeluarkan
notis untuk menyiasat sama ada sasterawan itu melanggar undang-undang
dengan membaca sajak dalam perhimpunan itu mengikut Akta Perhimpunan
Aman 2012.Menurut Ambiga, notis yang dihantar kepada Pak Samad adalah di
bawah peruntukan Seksyen 9 (5), Akta Perhimpunan Aman 2012, iaitu
sebagai penganjur perhimpunan.“Bagaimanapun Pak Samad bukan penganjur
dan notis telah ditarik balik.
Keterangan hanya diberi di bawah Seksyen 112,” katanya.Mengulas soal
siasat ke atas Maria, Latheefa berkata, anak guamnya ditanya
soalan-soalan yang polis sendiri mempunyai jawapan.“Kami tidak melihat
ada nilai menarik polis memanggil Maria dan Pak Samad hanya semata-mata
untuk menjawab soalan yang mereka sendiri mempunyai jawapan.“Ditanya
mengenai sidang media pemakluman Himpunan Janji Demokrasi…sudah ada
gambar, video dan mereka tahu apa yang dicakapkan pada sidang media
itu,” katanya. ~kd
No comments:
Post a Comment