September 12, 2012

Majlis
Setiausaha PR menyeru agar Najib melepaskan portfolio kewangan kerana
ia merupakan sebahagian yang penting dalam sistem Westminster. — Gambar
oleh Siow Feng Saw
"Keperluan seorang menteri kewangan sepenuh masa lebih penting dalam menghadapi cabaran-cabaran tersebut.
"Walaupun ekonomi Malaysia mengalami pertumbuhan sebanyak 5.4 peratus dalam suku kedua, eksport bersih menurun sebanyak 36.2 peratus akibat krisis global yang bakal menimpa. Ketidaktentuan krisis global mampu memberi kesan buruk kepada pertumbuhan.
"Pertumbuhan dalam suku kedua terutamanya adalah disebabkan oleh pertumbuhan sebanyak 13.8 peratus dalam permintaan domestik, yang didorong oleh projek-projek pembinaan awam yang besar serta pemberian tunai oleh kerajaan.
“Ini berpotensi mengakibatkan defisit yang lebih mendalam.
"Walaupun ekonomi mengalami pertumbuhan, rakyat biasa Malaysia masih mengalami kenaikan dalam kos sara hidup, yang dicetuskan oleh inflasi luaran dan juga penswastaan perkhidmatan penting, terutamanya dalam pendidikan, kesihatan, dan sektor-sektor utiliti.
"Duti eksais untuk kereta yang tinggi serta kekurangan pengangkutan awam turut menyumbang kepada kos sara hidup yang tinggi.
“Hutang isi rumah Malaysia berada pada RM540.5 bilion, yang merupakan kedua tertinggi di Asia, dijangka terus meningkat.
“Cabaran-cabaran ini jikalau tidak ditangani, akan memberikan impak terhadap situasi jenayah serta perpaduan sosial secara keseluruhan," menurut kenyataan media tersebut.
Kata mereka lagi, kerajaan tidak mampu mengambil tindakan berkenaan keperluan perumahan golongan muda oleh sebab kekurangan kesungguhan politik dalam menangani isu harga rumah yang tinggi.
Kelembapan harga minyak sawit mentah serta getah, menurut mereka, mempunyai implikasi yang serius untuk kesejahteraan rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan luar bandar dan kejatuhan harga saham Felda Global Venture (FGV) merupakan satu petunjuk keadaan buruk.
Harga IPO FGV ialah RM4.60 manakala harga institusinya ialah RM4.80. Ia menutup pada harga RM4.68 semalam.
"Sebagaimana yang telah kita tegaskan, jawatan perdana menteri and menteri kewangan mesti dipegang oleh orang yang berlainan bagi memastikan akauntabiliti dalam pengendalian dana negara.
"Ini lebih penting memandangkan krisis global yang bakal menimpa mempunyai impak yang besar atas ekonomi Malaysia dan rakyat Malaysia.
“Perdana menteri, dalam menangani hal ehwal negara, mestilah melantik seorang menteri kewangan sepenuh masa dengan segera untuk memberi tumpuan terhadap ekonomi," kata mereka lagi.
Amalan perdana menteri memegang portfolio kewangan serentak bermula pada tahun 1998 apabila bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir memecat Dato’ Seri Anwar Ibrahim daripada kabinet.
Dr Mahathir turut memegang jawatan tersebut bagi kali kedua sehingga persaraannya pada Oktober 2003, selepas Tun Daim Zainuddin meninggalkan kabinet pada Jun 2001.
Tun Abdullah Badawi pun meneruskan amalan ini sehingga September 2008 apabila dia dipaksa menyerahkan portfolio kewangan kepada Najib.
Najib telah memegang portfolio kewangan serentak sejak pengambil alihannya sebagai perdana menteri pada April 2009.The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment