Tuesday, September 11, 2012

Pas: 'Syaitan dikenali menangis’, kecewa langkah Majlis Syura

Wartawan Sinar Harian
11 September 2012
Tuan Ibrahim Tuan Man
Hadi bersama Nasharudin (dua, kiri) selepas selesai mesyuarat Majlis Syura di Ibu Pejabat Pas, malam kelmarin..
SHAH ALAM - Pas menegaskan bahawa langkah Majlis Syura kelmarin, yang tidak membincangkan soal kedudukan bekas Timbalan Presidennya Nasharudin Mat Isa, menyebabkan "syaitan yang dikenali menangis manakala para malaikat yang tidak dikenali insya-Allah akan gembira."

Dengan merujuk kepada keputusan Majlis Syura, yang menjadi tumpuan banyak pihak sama ada akan bertindak ke atas Nasharudin ataupun sebaliknya, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan diambil oleh kepimpinan parti itu mengecewakan musuh.
"Kebijaksanaan dalam mengurus perangkap yang dipasang oleh musuh, menyebabkan keputusan yang diambil oleh kepimpinan benar-benar mengecewakan musuh," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Tuan Ibrahim berakata, pelbagai isu yang sengaja diperbesar dan dibentuk pemikiran rakyat oleh media perdana untuk memerangkap ahli dan pimpinan berhubung pelbagai isu sama ada dalaman Pas atau Pakatan Rakyat.
"Mereka gila mengimpikan Pakatan Rakyat berpecah atau dalaman parti bergolak.
"Bagi sesebuah parti di ambang ajal, tiada yang lebih menyeronokkan baginya melainkan musuh mereka berpecah," kata beliau.

Dengan objektif sedemikian, Tuan Ibrahim yang juga  Pesuruhjaya Pas Pahang berkata, mereka memasang pelbagai strategi bagi memerangkap ahli dan pimpinan agar memasuki jerat yang mereka sengaja pasangkan.
"Alhamdulillah, Pas dengan pengalaman lama dalam politik negara berjaya mengenali mana perangkap yang dipasang itu," katanya lagi.

Dalam kenyataannya, beliau seterusnya berkata, "masa yang ada pada kita sedikit berbanding apa yang perlu kita lakukan."
"Kerana itu, jangan habis masa, tenaga dan wang ringgit dalam menghadapi isu yang esngaja dilontar oleh musuh, kerana mereksangat tidak senang dengan perkembangan dan sokongan rakyat kepada kita kini.
"Mereka memang dilatih untuk kerja jahat ini, dan janganlah keikhlasan kita menyebabkagal mengenali mana sahabat dan mana musuh," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment