September 30, 2012
KUALA
LUMPUR, 30 Sept — Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat mempertaruhkan
apabila menyampaikan Bajet 2013 mesra belia dan luar bandar untuk
meningkatkan sokongan pilihan raya terhadap kerajaan Barisan Nasional
(BN), tetapi penganalisis berkata inisiatif jangka pendek tidak cukup
untuk mendapatkan sokongan popular pada pilihan raya umum (PRU) akan
datang.
Bajet RM256.1 bilion yang dibentangkan pada hari Jumaat lalu, telah
digambarkan sebagai “bajet pilihan raya” oleh pentadbiran Najib yang
sudah bersedia untuk melawan dengan pembangkang persekutuan Pakatan
Rakyat (PR) dalam PRU akan datang.
Pengarah eksekutif pengumpul suara bebas Merdeka Centre, Ibrahim
Suffian, mengatakan Bajet ini mensasarkan dua kumpulan utama — penduduk
luar bandar dan berpendapatan rendah, dan pengundi muda yang bakal
mengundi pertama kali.
“Yang pertama, adalah pengundi luar bandar dan berpendapatan rendah
yang biasanya sumber sokongan kuat terhadap BN,” katanya, sambil
menambah bahawa Bajet ini mungkin mengakibatkan gabungan BN terus
mendapat sokongan kuat daripada kumpulan ini.
Beliau berkata Bajet ini mungkin mempunyai impak lebih besar kepada
pengundi berpendapatan rendah, oleh kerana “banyak isi rumah akan
ketinggalan” dalam pemberian kerajaan, memetik Selangor sebagai contoh,
di mana purata pendapatan isi rumah adalah lebih daripada RM4000.
Pusingan kedua pemberian RM500 di bawah skim Bantuan Rakyat 1
Malaysia (BR1M) akan diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan
kurang daripada RM3,000 sebulan, manakala skim itu kini juga akan
memberi RM250 kepada orang bujang berusia 21 tahun keatas dan
berpendapatan kurang daripada RM2,000.
Beliau berkata bagi pengundi muda, faktor “jurang luar bandar-bandar” masih akan membuat perbezaan.
Di kawasan luar bandar, “kos sara hidup cenderung lebih rendah...
wang bertahan agak lama dan mempunyai impak yang lebih besar terutamanya
di Sabah dan Sarawak”, kata beliau.
Akan tetapi, pemberian wang tunai tidak pergi terlalu jauh di kawasan bandar, katanya.
Beliau berkata rebat bagi pembelian telefon pintar adalah “pedang
bermata dua” bagi BN, dengan mengatakan bahawa orang ramai akan mendapat
“akses kepada Internet” dan “tidak ada kawalan tentang jenis berita
mereka dapat”.
Di bawah Bajet, mereka yang berusia antara 21 hingga 30 tahun dan
berpendapatan kurang daripada RM3, 000 akan mendapat diskaun sebanyak
RM200 apabila membeli telefon pintar.
Tetapi dua penganalisis lain tidak bersetuju dengan Ibrahim,
mengatakan bahawa Bajet ini berkemungkinan tidak mempunyai banyak kesan
kepada keputusan pengundi luar bandar ‘mengenai siapa yang mereka
sokong.
Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, berkata beliau mempunyai keraguan kuat
tentang “sejauh mana pengumuman ini boleh diterjemahkan kepada undi”.
Beliau menolak kira kesan pemberian di bawah Bajet untuk golongan
bergaji rendah, menunjukkan bahawa harga gula akan naik sebanyak 20 sen
sekilogram dengan pengurangan dalam subsidi kerajaan.
Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia itu berkata
“pengundi tidak perlu mengundi orang-orang yang memberikan mereka wang”,
mengatakan bahawa pengundi mengekalkan hak mereka untuk memilih.
“Melainkan Belanjawan Jumaat lalu mengatakan ini bukanlah bayaran
one-off tetapi jika kita terus berkuasa, kita akan terus memberi atau
meningkatkan pemberian ... mungkin hasilnya akan berbeza,” kata Dr Agus.
Dr Lim Teck Ghee, pengarah Pusat Inisiatif Dasar, berkata “jumlah
yang diberikan kepada penduduk luar bandar dan kumpulan berpendapatan
rendah adalah sangat kecil.”
Beliau menambah bahawa Bajet ini tidak menyelesaikan masalah gaji
rendah, pekerjaan rendah produktiviti dan kekurangan peluang untuk maju,
mengatakan bahawa pengundian kumpulan ini berkemungkinan “tidak”
dipengaruhi.
Katanya lagi, mereka masih perlu berhadapan dengan peningkatan kos sara hidup.
Apabila mengulas mengenai pengundi muda, beliau berkata: “Saya akan sangat terkejut jika mereka mengubah fikiran.”
“Mereka akan menyedari ini adalah cubaan untuk membeli undi,” kata Lim menerangkan pemberian dalam Bajet “lebih kepada gimik”.
Beliau juga berkata bahawa dalam percubaan untuk menggembirakan semua
orang, kerajaan berhadapan risiko “ menyenangkan sangat sedikit orang”,
sekali lagi menunjuk kepada jumlah “kecil” setiap pemberian.
Ibrahim juga menyatakan bahawa “pengundi menjadi semakin mahir memahami pemberian dari ahli-ahli politik”.
Beliau berkata bahawa apa-apa kesan ke atas pengundi dengan Bajet
“mungkin terhad” oleh kerana “saya amat mengesyaki orang sudah tahu akan
ada wang tunai”.
Beliau juga “teragak-agak” untuk mengatakan bahawa akan ada “sokongan melantun ketara kepada BN”.
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment