Seramai
kira-kira 2,000 penganut agama Kristian berhimpun di Stadium Melawati
Shah Alam untuk satu upacara doa bagi menuntut menuntut pilihan raya
yang bersih dan adil.
Perhimpunan semalam merupakan salah satu daripada 29 perhimpunan di seluruh negara yang dinamakan upacara ''Doa Penyatuan'' bagi menyambut jubli emas Hari Malaysia yang ke 50.
Malaysia bakal menyambut ulangtahun ke-50 penggabungannya dengan Sabah dan Sarawak pada tahun hadapan.
Presiden Biskop Majlis Gereja Malaysia Thomas Tsen turut membimbing hadirin dengan berdoa untuk pilihan raya umum akan datang yang dijangka akan diadakan dalam tempoh kurang daripada setahun.
''Kita berdoa supaya kita boleh mempersiapkan diri untuk membuang undi kita dalam keadaan sedar dan tidak terpengaruh dengan janji manis.
''Tunjukkan kepada kita siapa yang patut menjadi kerajaan seterusnya,'' katanya.
Mereka turut mendoakan calon-calon yang akan bertanding agar berintegriti dan tenang dengan segala keputusan pilihan raya.
"Kita berdoa bahawa sesiapa yang menang, mereka akan mengikuti kedaulatan undang-undang dan menegakkan perlembagaan," kata Thomas.

No comments:
Post a Comment