Selasa, 18 September 2012
21
orang termasuk Tony Pua (tiga dari kiri) dilepaskan oleh mahkamah
kerana gagal dibuktikah bersalah. Turut hadir menyokong adalah penasihat
DAP Lim Kit Siang (tengah).
PETALING JAYA, Sept 18 — 21 orang termasuk ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua hari ini didapati tidak bersalah dan dibebaskan atas dakwaan kes perhimpunan haram ulangtahun pertama Bersih pada tahun 2008.
Hakim
Hayatul Akmal hari ini memberi keputusan tersebut selepas mahkamah
mendapati pihak pendakwa tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk
mendakwa penganjur perhimpunan tersebut.
Gobind
Singh Deo yang mengetuai pasukan peguam pembelaan berkata, beliau amat
gembira dengan keputusan yang diputuskan oleh mahkamah sesyen hari ini.
“Pihak
pendakwa jelas tidak mempunyai bukti yang kukuh bahawa penganjur
membuat sebarang kesalahan. Jadi saya berharap peguam negara tidak akan
merayu untuk kes ini.
“Kemenangan ini sangat
menggembirakan memandangkan kami telah berada di dalam kes ini sudah
hampir tiga tahun,” kata Gobind, yang juga ahli parlimen Puchong.TMI
No comments:
Post a Comment