kosmo online
MANILA - Polis Filipina
semalam menangkap seorang lelaki yang didakwa menggodam akaun e-mel dan
Facebook bekas teman wanitanya dengan tujuan untuk mengugut mangsa
supaya melakukan hubungan seks dengannya.
Polis dalam satu
kenyataan memberitahu, Joewell Santos Chan, 28, telah menukar kata
laluan mangsa dan meminta habuan seks sebagai pertukaran untuk kata
laluan baharu tersebut.
Lelaki itu ditangkap pada minggu lalu dalam satu operasi polis selepas mangsa membuat aduan.
Mangsa berpisah dengan Chan pada tahun lalu.
"Suspek meminta seks
sebagai pertukaran untuk kata laluan mangsa. Ketika itu, mangsa membuat
aduan polis kerana bimbang dia akan terus ditipu oleh suspek," kata
kenyataan pihak berkuasa.
Polis yang tidak mendedahkan usia mangsa, menyatakan mereka menemui beberapa mesej ugutan yang dihantar ke telefon bimbitnya.
Beberapa gambar mangsa dalam keadaan memalukan yang dirakamkan ketika dia tidak sedarkan diri turut ditemui.
Ekoran penangkapannya, Chan didakwa kerana menggodam dan melakukan penderaan terhadap wanita.
Menurut polis, dia boleh dipenjara selama enam tahun jika didapati bersalah berhubung tuduhan tersebut. - AFP
No comments:
Post a Comment