harakahdaily
Muhammad Faizal, | 26 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR:
Pakatan Rakyat dalam Belanjawan 2013 menegaskan akan membubarkan
1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana ia mempunyai fungsi yang sama
dengan Khazanah Nasional.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentang belanjawan tersebut memberitahu tindakan membubarkan 1MDB itu akan dilaksanakan dalam masa 100 hari selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa di Putrajaya.
Beliau menegaskan kehadiran 1MDB adalah sama dengan fungsi Khazanah yang terlibat dalam strategi pelaburan.
"Kita ingin melahirkan reformasi dan ketelusan dalam syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) serta memelihara hak dan fungsi.
"Khazanah sudah melaksanakan tugas seperti mana yang diarahkan dan kenapa perlu diwujudkan 1MDB sedangkan fungsinya adalah sama dalam strategi pelaburan," jelasnya pada pelancaran belanjawan itu di dewan taklimat parlimen, petang ini.
Tambah beliau lagi, dengan wujudnya 1MDB itu juga merupakan satu pembaziran yang besar kerana objektifnya sama dengan Khazanah.
"Pakatan Rakyat akan memastikan semua aset yang telah dipindahkan atau semua projek dimasukkan kembali kepasa hak milik awam serta melihat semula perjanjian komersial yang telah dimeterai oleh 1MDB.
"Kita juga menetapkan sasaran dividen tetap terhadap Khazanah bermula dengan RM2 bilion setiap tahun," jelasnya lagi.
Selain itu juga, melalui belanjawan ini juga Pakatan Rakyat turut menyediakan insentif bagi pengurusan GLC yang bukan di dalam bidang asas dan strategik untuk mengambil alih syarikat melalui pengurusan membeli (Management buy out- MOB) sebagai usaha mengurangkan persaingan GLC dan syarikat swasta.

No comments:
Post a Comment