Wednesday, September 19, 2012

P'raya Kampus: Pro-M mohon pemantauan Suhakam

Harakahdaily, 19 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Pro Mahasiswa (Pro-M) Nasional semalam menghantar satu memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bagi memohon campurtangan badan itu memantau perjalanan Pilihan Raya Kampus (PRK) kali ini.
Pengerusinya, Edikoup Lakip berkata, memorandum yang diberinama 'Bersih Kampus' itu antara lain memohon Suhakam menubuhkan pasukan khas memantau perjalanan pilihan raya kampus kali ini agar ianya berjalan secara bersih, adil dan berintegriti.

Selain itu mereka juga mahu Suhakam menyiasat dakwaan camputangan asing termasuk parti politik yang di kenali sebagai 'Ops 2020' dalam pilihan raya kampus kali ini.

"Tiada penarafan dalam ketelusan sistem pilihanraya kampus sejak dahulu lagi, sepatutnya universiti menjadi cerminan demokrasi yang paling telus dan adil" kata Saudara Edikoup semasa sidang mediaselepas penyerahan itu semalam.

Aduan lain termasuk juga penetapan tarikh pilihanraya yang terlalu lambat, menuntut mahasiswa terlibat dalam mengurus pilihanraya kampus.

"Kita mahu sistem pengundian telus, kebebasan berkempen dan peruntukan  kepada calon dalam proses pilihanraya kerana  mahasiswa telah  membayar yuran kebajikan tetapi mahasiswa terpaksa menggunakan duit sendiri lagi"ujar saudara Edikoup lagi.

Turut hadir Saudara Presiden Gamis Akram Ikrami, Pengerusi SMM Muhamad Safwan Anang, Presiden PMIUM Syis Abdul Kadir dan Koordinator Aksi Ekhsan Bukhari.

No comments:

Post a Comment