myMetro
FORT LEE (New Jersey):
Polis berkata, seorang remaja lelaki terbunuh ketika dia bergembira
dalam perjalanan ke sebuah pesta, semalam.
Remaja terbabit berusia 16 tahun mengeluarkan kepalanya melalui lubang kecemasan bas dua tingkat sebelum ia terlanggar jejantas lebuh raya.
Jurucakap polis tempatan, Al Della Fave, berkata remaja itu adalah seorang daripada 65 remaja dalam bas berkenaan yang menuju satu pesta di New Jersey.
Katanya, bas itu melintasi Jambatan George Washington dari New York apabila kemalangan berlaku di jejantas Fletcher Avenue kira-kira jam 6.30 petang (waktu tempatan).
“Mangsa disahkan mati di hospital,” katanya. - AP

No comments:
Post a Comment