Tuesday, September 11, 2012

Tak mahu rakyat jadi mangsa, Rafizi rancang ceramah isu Bafia

(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 10 September: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli akan merangka strategi bagi menyampaikan kesedaran kepada rakyat tentang penyalahgunaan Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) di negara ini.
Menurutnya, terdapat banyak isu dan pertikaian tentang pelaksanaan akta itu yang melibatkan kepentingan awam.

“Agensi perbankan bertindak sesuka hati dengan melanggar Bafia, yang mana melibatkan lelongan harta, maklumat sulit pelanggan diberi kepada pihak ketiga dan banyak lagi contoh lain.

“Namun perlanggaran itu tidak pula dibawa ke mahkamah mahupun diambil apa-apa tindakan,” katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.
Rafizi memberitahu, beliau ada bertemu beberapa kumpulan yang memang telah lama berinisiatif untuk menuntut agar sistem perbankan dalam negara diberi perhatian serius.

“Kita akan beri pendidikan tentang Bafia di majlis-majlis yang kita atur, ataupun sampaikan secara santai di ceramah yang saya hadiri, bergantung pada penerimaan rakyat,” katanya lagi.
Rafizi didakwa di bawah akta itu berhubung pendedahannya tentang skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Beliau dituduh mengeluarkan data-data perbankan mengenai NFC milik keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Turut didakwa, pemberi maklumat kepada Rafizi, Johari Muhamad yang merupakan bekas kerani Public Bank.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/

No comments:

Post a Comment