Monday, October 22, 2012

Adun Sabah mahu Kerajaan Persekutuan naikan royalti minyak sehingga 7.5%. PR nak bagi 20% tak mau ke ?


sinar
22 Oktober 2012
KOTA KINABALU - Kerajaan Persekutuan diminta menaikkan royalti minyak bagi Sabah oleh Petroliam Nasional Bhd (Petronas) daripada 5.0 peratus sekarang ini, kepada sekurang-kurangnya 7.5 peratus.

Datuk Syed Abas Syed Ali (BN-Balung) berkata, kenaikan royalti minyak itu penting bagi membolehkan pelbagai agenda pembangunan negeri dilaksanakan dengan berkesan.

"Kita mencadangkan royalti minyak bagi Sabah dinaikkan sebanyak 100 peratus. Jika tidak, kenaikan 50 peratus pun baik, yang mana Sabah akan menerima royalti sebanyak 7.5 peratus."

"Saya yakin perkara ini boleh dirunding dan kenaikan itu tidaklah perlu dilakukan secara mengejut," katanya ketika membahaskan Bajet Negeri Sabah 2013 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Syed Abas juga berterima kasih atas penglibatan sektor korporat yang membuat pelaburan di Sabah, seperti Petronas yang membantu usaha kerajaan meningkatkan ekonomi negeri selain membantu memajukan dan membangunkan rakyat di Sabah. - Bernama

No comments:

Post a Comment