Malaysiakini
NGO
berkaitan PAS Kempen Anti Saman Ekor (KASE) mempersoalkan kenapa Sistem
Penguatkuasaan Automatik (AES) untuk kesalahan lalu lintas tidak
dipasang di kawasan kemalangan sedangkan tujuannya untuk mengelakkan
kecelakaan jalan raya.
Pengerusi KASE Datuk Mahfuz Omar (kanan) mempersoalkan kenapa sistem itu perlu dipasang di jalan dengan kelajuan 50km dan 70km sejam.
"Apa yang akan berlanggar di situ, ular sawa dan penyu? Atau antara kereta lembu?" soal Mahfuz yang juga naib presiden PAS dengan sinis.
Bercakap dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini, beliau mendesak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberikan kepada mereka angka sebenar kawasan kemalangan untuk dibandingkan dengan tapak AES.
Beliau yang sebelum itu mengunjungi tapak AES berkata menerima laporan yang mendakwa sistem itu mempunyai masalah teknikal dan tidak dapat membezakan antara nombor nombor kosong, enam dan sembilan.

No comments:
Post a Comment