15 Oktober 2012
Bajet 2013
KOTA BHARU - Kelantan membentangkan Bajet 2013 hari ini dengan
memasukkan hasil royalti - yang kini dituntut - sebanyak RM200 juta,
sebagai perolehan Kerajaan Negeri.
Pembentangan itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi
dan Kebajikan, Datuk Husam Musa pagi ini dengan mengumumkan bajet
lebihan berjumlah RM581.77 juta - lebih 35 peratus berbanding Bajet
2012.
"Ini bertujuan melonjakkan lagi harapan kerajaan dan rakyat Kelantan
untuk mendapatkan hak mereka serta meletakkan tiang pacak bahawa
Kelantan berhak terhadap pengeluaran gas khususnya di telaga Kamelia
yang memulakan pengeluaran pertama Mac nanti," katanya.
No comments:
Post a Comment