Wednesday, October 24, 2012

Dr. Siddiq Fadzil: Ulama perlu berani tegakkan kebenaran

Wartawan Sinar Harian
23 Oktober 2012
Dr. Siddiq Fadzil
Dr. Siddiq Fadzil
SHAH ALAM - Ulama perlu berani menegakkan kebenaran dalam apa jua keadaan tanpa mengira tempat dan masa.
Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Datuk Dr. Siddiq Fadzil berkata, ulama bertanggungjawab menegakkan kebenaran dan keadilan dan tidak boleh berkompomi atau bersekongkol.

Menurutnya, ulama harus berani dan bebaskan diri mereka untuk memberikan pendapat demi kebaikan semua.
“Dalam konteks sekarang, politik wang memang kuat. Saya khuatir, sekiranya ia tidak dikawal, pemimpin tidak ditentukan oleh undi tetapi kapitalis (mendanai) yang mengangkat mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Wacana Sinar Harian ke- 15 bertajuk “Peranan Ulama, Menasihati Pemimpin” di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.

No comments:

Post a Comment