Saturday, October 20, 2012

Gabungan Tukar MB Pahang desak Adnan Yaakob letak jawatan

Gabungan TUKAR MB Pahang (TUKAR) mendesak Menteri Besar Pahang Dato’ Seri Adnan Yaakob yang seringkali berhujah kasar dan menghina orang ramai untuk meletak jawatan.
Dalam himpunan aman yang dianjurkan oleh Jaringan Orang Asal Semalaysia (JOAS) di depan Wisma Sri Pahang pada dua hari yang lepas, pertuturan Adnan Yaakob yang kasar bukan sahaja menghina kumpulam Orang Asal di Malaysia, malahan tidak menghormati rakyat di seluruh Malaysia.

Dalam perjumpaan dengan Orang Asal pada pagi tersebut, Adnan Yaakob mencabar salah seorang orang asal yang mempertikaikan sama ada beliau dapat menyelesaikan Isu Orang Asal untuk keluar bergaduh. “Nak baik boleh, nak keras boleh. Kalau nak keras mari keluar dua-dua.”
Disamping bertindak kasar dengan rakyat Pahang, Adnan Yaakob juga mengeluarkan ayat-ayat kasar yang menghina seperti “awak ingat kawan ini peram telur ke?”, “Bangang” dan “Bodoh”.
Yang paling melampau ialah ayat “awak ingat dapat anak seorang cucuk sekalikah? BODOH!” yang jelas menghina kaum wanita.

 seterusnya di sini


Lee Chean Chung
Penyelaras
Gabungan Tukar MB Pahang

Short URL: http://www.keadilandaily.com

No comments:

Post a Comment