3 Oktober 2012
KUALA LUMPUR - Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia
(Ikhlas) mendakwa wujudnya pihak yang tidak bertanggungjawab
membekalkan MyKad dan Pasport palsu kepada warga asing khususnya
golongan peniaga dan penjaja.
Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, hasil maklumat yang
dikumpul pihaknya mendapati kira-kira 50 peratus peniaga dan
penjajaasing di seluruh negara, terutamanya warga Pakistan memiliki
MyKadyang telah diklon.
Menurutnya, MyKad dan Pasport antarabangsa palsu itu boleh diperolehi dengan harga RM18,000 hingga ke RM50,000.
“Dokumen tersebut akan menggunakan maklumat warga tempatan, tetapi
menggunakan gambar warga asing tersebut. Contohnya seperti nama saya,
saya dapati ada tiga orang menggunakan maklumat yang sama.
“Terdapat satu kes di Seremban, warga Bangladesh menggunakan pasport
antarabangsa palsu, dan bekerja sebagai kontraktor yang mengambil
kontrak di balai-balai polis selama tempoh lima ke enam tahun, termasuk
melakukan jenayah.
“Warga asing ini telah ditahan dan dihantar pulang ke Bangladesh,
namun kini kembali ke Malaysia membuat kerja yang sama,” katabeliau pada
sidang media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Travers,
Bangsar di sini, hari ini.
No comments:
Post a Comment