Harakahdaily
| Aspan Alias, | 17 Okt 2012 |
Kecelaruan
yang negara alami kini, bukannya kerana masalah yang disebabkan oleh
rakyat sebenarnya. Masalah yang ada pada hari ini adalah masalah yang
disebabkan oleh pemimpin-pemimpin kita. Rakyat tidak memberi masalah
kepada kerajaan. Sebaliknya kerajaan dan pimpinanlah yang memberikan
masalah kepada rakyat sehinggakan rakyat sudah berang di dalam hati
mereka yang menyebabkan mereka mempersoalkan segala tindak tanduk
pimpinan dan parti yang memerintah negara kita sekarang ini.
Isu yang terbesar dalam negara kini ialah rasuah yang menyebabkan
sistem kerajaan sekarang hampir lumpuh kalau kita sandarkan penilaian
kita dengan negara-negara maju. Rasuah ini dilakukan oleh
pemimpin-pemimpin justeru itu telah menyebabkan banyak perkara yang
tidak betul lagi berlaku di hadapan mata rakyat.
Saya tertarik dengan cadangan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP,
yang telah pun melakukan usaha yang bertanggungjawab mematikan budaya
rasuah di negeri P Pinang yang beliau tadbir. Beliau mencadangkan
beberapa cara untuk menghapuskan rasuah seperti yang beliau sendiri
telah lakukan di P Pinang sejak beliau mentadbir negeri itu.
Di antaranya setiap ahli-ahli Pentadbir Negeri dari exco kerajaan
serta pegawai pelaksana mengisytiharkan harta mereka. Mereka dikehendaki
mengisytiharkan harta mereka termasuk akaun bank mereka di dalam dan di
luar negara. Cara ini amat penting dilakukan kerana rakyat yang telah
memberikan mereka mandat mahukan mereka mentadbir dengan bersih dan
menghilangkan keraguan tentang kebersihan mereka menjaga harta benda
rakyat.
Cadangan yang lainnya ialah mempastikan tidak ada ahli keluarga
pemerintah yang terlibat dengan kontrak kerajaan dan ini merupakan satu
cadangan yang sepatutnya sudah lama dilaksanakan oleh BN tetapi tidak
dilakukan. Etika ini memang menjadi pakaian di negara negara maju di
dunia ini. Tetapi di negara ini pemimpin-pemimpin kita tidak termampu
untuk melakukannya kerana kedudukan mereka itu merupakan modal
perniagaan bagi mereka dan keluarga serta kroni-kroni mereka.
Seperti yang dicadangkan oleh Lim Guan Eng pengisytiharan aset
semestinya di ‘institutionalized’ kan kerana ia merupakan elemen yang
terpenting dalam menjaga intergiti sesuatu kerajaan itu. Ini pun yang
dilakukan oleh kerajaan negara-negara maju dan kebaikan amalan ini
sepatutnya menjadi ikutan kita kerana ia adalah cara yang terbaik untuk
menjaga rakyat dan negara. LGE telah memperkuatkan tindakan
pengisytiharan harta ini dengan membuat mengesahan dari ‘akauntan
bertauliah’ yang tidak boleh dipersoalkan kredibilti mereka.
Tetapi kalau kita hendak meniru dan menjadikan negara-negara mundur
di Afrika seperti Zimbabwe dan sebagainya Najib dan BN tidak payah untuk
bergegar-gegar berucap dan beretorik untuk menjadikan negara ini
sebagai negara maju menjelangnya tahun 2020. Tidak mungkin negara kita
akan menjadi negara maju sedangkan kita masih terhambat oleh mentaliti
politik dan kerajaan dunia ketiga. Tidak mungkin kita akan menjadi
rakyat negara maju jika mentaliti kita masing masing berunsurkan
mentaliti dunia ketiga.
Saya pernah diberitahu oleh rakan yang pernah duduk di dalam kabinet
kerajaan hari ini yang ramai di antara menteri-menteri kita tidak
bersetuju untuk mengisytiharkan harta benda mereka kepada umum. Sebab
yang menyebabkan mereka tidak mahu mengisytiharkan harta mereka itu
bukanlah susah untuk difahami. Sebabnya tidak lain dan tidak bukan ialah
kerana mereka tidak mahu diketahui umum tentang cara dan bagaimana
mereka boleh melonggokkan sejumlah harta yang begitu banyak dengan
rumah-rumah mewah, kereta mewah dan segala-galanya mewah.
Itu sebabnya selalu saya katakan rasuah sentiasa tidak membenarkan
kita melakukan kebaikan kerana melakukan kebaikan itu akan menyekat masa
depan perasuah negara. Kadang-kadang kita tidak memahami kenapa begitu
degil dan payah sangat bagi pimpinan kita untuk melakukan kerja yang
baik dan menjadi amalan di dalam negara-negara maju.
Sekarang kita mempunyai barisan pemimpin yang tidak mahu
mengisytiharkan harta mereka di dalam dan di luar negara kerana mereka
mendapatkan semua wang ringgit yang besar itu melalui kedudukan mereka
di dalam kerajaan, dan itu adalah cara rasuah.
Pengisytiharan harta ini tidak mungkin boleh berlaku selagi barisan
pimpinan ini menerajui kita dan selagi mereka boleh melakukannya rasuah
ini tidak akan berhenti kerana seperti yang saya sebutkan rasuah ini
merupakan ketagihan oleh pimpinan kita. Seperti penagih dadah, penagih
rasuah juga tidak akan aman hidup mereka tanpa melakukan rasuah.
Oleh itu kita perlu melakukan sesuatu untuk rakyat Malaysia setanding
dengan negara-negara maju dalam mana rakyatnya hanya memilih kerajaan
yang bersih dan ‘sustainable’ kebersihan dari rasuah ini. Untuk
menjadikan negara kita sebagai negara maju, sikap dan nilai, dan
persepsi kita terhadap keterbukaan ini amat penting di perbetulkan.
Beberapa cadangan yang di utarakan oleh Lim Guan Eng itu sememangnya
senang dilakukan jika semua pihak jujur dan ikhlas untuk melihat negara
kita di tadbir oleh pimpinan yang bersih dan beretika. LGE sendiri
sedang melaksanakannya dan tidak nampak kenapa pimpinan kerajaan
persekutuan dan kerajaan negeri-negeri tadbiran BN tidak mahu
melakukannya. Malahan apa yang dilakukan oleh LGE ini tidak digemari
oleh BN kerana BN sememangnya tidak senang kerana rakyat telah nampak
apa yang baik yang ada jika PR mentadbir negeri dan negara kita.
seterusnya di sini
- http://aspanaliasnet.blogspot.com
No comments:
Post a Comment