Saturday, October 20, 2012

Kedudukan kewangan Selangor diiktiraf antara terbaik

Kerajaan Negeri berpuas hati dengan prestasi negeri Selangor seperti dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011. Kerajaan Selangor telah mencapai beberapa kejayaan dan peningkatan dalam pelbagai aspek antaranya;
1. Kedudukan kewangan yang baik dengan peningkatan dari segi wang simpanan, hasil, pelaburan dan pengurusan kewangan.
2. Sembilan daripada 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) dan lima badan berkanun mencatat untung.
3. Peningkatan wang pelaburan pada 2011 sebanyak RM1.55 bilion berbanding tahun sebelumnya, RM 928.61 juta. Ini merupakan peningkatan berterusan untuk tahun ke lima berturut-turut.
4. Peningkatan hasil sebanyak RM62.50 juta dari RM1.571 bilion pada 2010 kepada RM1.634 bilion pada 2011.
5. Kumpulan Wang Disatukan naik kepada RM1.944 bilion dari RM1.58 bilion pada tahun 2010.
6. Pembayaran hutang awam sangat baik.
7. Projek pembangunan sangat baik dari segi perbelanjaan dan bilangan projek lulus.

Mengenai Skim Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), kita faham dengan kerisauan Barisan Nasional (BN) terutama bekas Menteri Besar, Dr Khir Toyo yang telah melalui pengalaman buruk apabila Amanah Saham Selangor (ASAS) terpaksa ditutup selepas mengalami kerugian teruk sehinggakan kerajaan Selangor ketika itu memperuntukkan RM200 juta untuk membayar balik kepada pemegang saham.

Kita menggunakan kepakaran bagi menyelesaikan kerisauan yang ditunjukkan oleh pemimpin Barisan Nasional ini. Kita telah membuat kajian keberkesanan TAWAS dan menubuhkan tabung dana untuk menguruskannya. Kita hanya membayar RM70 setahun untuk seorang peserta dan mereka ini akan mendapat RM1,500 selepas berumur 18 tahun.

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) yang menguruskan Skim TAWAS ditubuhkan bukan berasaskan keuntungan. Justeru, dakwaan Khir Toyo bahawa skim ini akan lingkup adalah tidak berasas kerana YAWAS mendapat geran sepenuhnya dari kerajaan negeri untuk perbelanjaan operasi.

Bagaimanapun, YAWAS mengambil inisiatif untuk menjana pendapatan dari dana yang belum dibelanjakan untuk dilaburkan ke dalam pasaran wang. Dari 2008 hingga 2011, YAWAS telah menjana pendapatan dari pelaburan ini sebanyak RM622,782 dan ini telah meringankan kos operasi.

seterusnya di sini

Abdul Khalid Ibrahim
Menteri Besar Selangor
Short URL: http://www.keadilandaily.com

No comments:

Post a Comment