Thursday, October 4, 2012

Kes ISA bukti mahkamah berani - Tahniah

Wartawan Sinar Harian
4 Oktober 2012
Prof Dr Shamsul Adabi Mamat.
Prof Dr Shamsul Adabi Mamat.
SHAH ALAM – Tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) boleh menang kes jika berlaku kesilapan dalam penangkapan mereka, demikian kata Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Shamsul Adabi Mamat.

Katanya, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin mengarahkan kerajaan membayar ganti rugi RM4 juta kepada lima bekas tahanan ISA kerana membuat penahanan secara tidak sah menunjukkan kerajaan akur dan bertanggungjawab.

Menurutnya, keputusan itu menunjukkan bidang perundangan dan kehakiman berbeza dan tidak dipengaruhi mana-mana eksekutif.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, keputusan mahkamah tersebut adalah adil.
Katanya, mahkamah yang bebas daripada sebarang pengaruh, membuat keputusan tepat.

“Penahanan lima individu itu tidak sah jika bertentangan dengan prinsip undang-undang dan tiada bukti kukuh.

“Ini menunjukkan mahkamah dengan berani menegakkan keadilan terhadap mereka yang melanggar undang-undang di negara kita,” katanya.

Nik Ahmad Kamal berkata, kerajaan boleh merayu ke mahkamah lebih tinggi dan kemungkinan keputusannya akan berbeza.

No comments:

Post a Comment