Malaysiakini
"Saya
percaya tiada yang kenal dengan Soros dan anggota parti khususnya sudah
matang, dan matang menilai kenyataan seumpama itu," kata Tan Sri Khalid
Ibrahim yang juga Ketua Cabang PKR Kuala Selangor.
Menteri Besar
Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menyangkal dakwaan bekas
perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa mengundi pembangkang
(Pakatan Rakyat) dalam pilihan raya umum boleh disifatkan sebagai undi
kepada spekulator matawang George Soros.
"Saya percaya tiada yang
kenal dengan Soros dan anggota parti khususnya sudah matang, dan matang
menilai kenyataan seumpama itu," kata Khalid yang juga Ketua Cabang PKR
Kuala Selangor.
Dr Mahathir mendakwa demikian dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini.
Dalam
pada itu, semasa berucap pada perasmian Mesyuarat Agung PKR Cabang
Kuala Selangor 2012 di Ijok, dekat sini, Khalid mengakui masih ada
anggota parti itu yang memperlekeh parti dan meragui Pakatan Rakyat -
gabungan kerjasama PAS, DAP dan PKR.
"Saya akui masih ada ahli yang sanggup 'makan' dan memijak ahli lain demi kepentingan diri sendiri.
"Sedangkan kita perlu bersatu serta bersikap matang dalam mencapai matlamat parti," katanya.
- Bernama
No comments:
Post a Comment