sinar harian
13 Oktober 2012
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin
KUALA TERENGGANU - Ketika orang lain sibuk menunaikan solat Jumaat,
sekumpulan ‘kaki lalok’ pula menghabiskan waktu menghisap dadah di
kawasan semak, berhampiran sebuah kediaman mewah yang masih dalam
pembinaan di Kampung Alor Jambu, Batu Rakit di sini, semalam.
Bagaimanapun, keasyikan mereka hanya sementara apabila port mereka
diserbu sepasukan polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis
Gong Badak dan Batu Rakit.
Dalam operasi itu, seramai 30 lelaki berusia antara 24 hingga 46 tahun
termasuk seorang lelaki kelainan upaya ditahan kira-kira jam 1.30 tengah
hari, ketika mereka sedang ‘lalok’.
Operasi itu yang dijalankan oleh polis yang berpakaian preman, bermula
kira-kira jam 10 pagi dan berakhir 4 petang, hasil intipan dan maklumat
orang awam mengenai aktiviti kumpulan berkenaan yang dipercayai
menjadikan kawasan itu sebagai port mengedar dan menghisap dadah sejak
sebulan lalu.
Menurut sumber, seorang lelaki yang berusia 36 tahun, cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis. Bagaimanapun, usahanya tidak berjaya selepas dia terjatuh ke dalam semak.
Menurut sumber, seorang lelaki yang berusia 36 tahun, cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis. Bagaimanapun, usahanya tidak berjaya selepas dia terjatuh ke dalam semak.
Difahamkan, lelaki berkenaan yang mengalami kecacatan pada bahagian
kaki dan bekerja sebagai mekanik, pernah ditahan sebelum ini kerana
jenayah dadah.
Kesemua yang ditahan, dibawa ke Balai Polis Gong Badak untuk saringan
awal ujian air kencing dan polis turut merampas tujuh biji pil,
dipercayai dadah jenis Methamphetamine. Sebanyak 24 buah motosikal milik
penagih tersebut turut dibawa ke Balai Polis Gong Badak untuk tindakan
lanjut, sebelum dibawa ke Balai Polis Kuala Terengganu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner
Zamri Shamsuddin ketika dihubungi, mengesahkan tentang serbuan dan
tangkapan berkenaan.
No comments:
Post a Comment