BN Sabah mesti atasi rasa tidak puas hati pengundi, kata pimpinan negeri
October 07, 2012
KUALA LUMPUR, 7 Okt — Kerajaan Sabah perlu tahu mengapa
pengundi yang ditinjau pada bulan lepas tidak berpuas hati dengannya,
terutamanya tentang ekonomi, dan bekerja untuk memperbaiki perkhidmatan
mereka, kata pemimpin Barisan Nasional (BN).
Tinjauan Merdeka Center yang dikeluarkan pada Jumaat lalu menunjukkan
bahawa 57 peratus tidak berpuas hati dengan prestasi ekonomi di Sabah
dan hanya 56 peratus pengundi Sabah berpuas hati dengan kerajaan negeri,
enam peratus penurunan daripada 62 peratus pada bulan November 2009.
Kawasan timur negara telah digambarkan sebagai “simpanan tetap” BN.
“Saya fikir satu cara untuk menyelesaikan semua masalah adalah BN
Sabah perlu bekerja dengan bijak dan mempertimbangkan apa (adalah)
masalah rakyat, apa yang orang perlu,” kata pemimpin veteran Umno Datuk
Bung Moktar Radin, sambil menambah bahawa kerajaan BN “harus melakukan
lebih” untuk membangunkan negeri.
Tetapi Bung Mokhtar berkata kerajaan negeri tidak boleh menunaikan
segala-galanya, menunjukkan bahawa ia adalah sama bagi negeri-negeri
lain termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah dikritik
olehrakyatnya sendiri.
“Apa yang boleh saya lihat kerajaan negeri bekerja kuat, sudah tentu
mereka tidak boleh menunaikan segalanya,” kata ahli parlimen
Kinabatangan itu kepada The Malaysian Insider.
“Rakyat, mereka tahu bagaimana untuk melihat anda, mereka tahu
bagaimana untuk menilai anda. Kita tidak boleh menyembunyikan apa-apa,”
katanya, ketika mengulas mengenai penilaian Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
Kaji selidik itu menunjukkan penilaian Najib kekal stabil pada 75
peratus, tetapi Musa jatuh daripada 60 peratus pada November 2009 kepada
45 peratus pada bulan September, menunjukkan BN akan berhadapan dengan
beberapa halangan di kubu kuat mereka menjelang pilihan raya tidak lama
lagi.
Merdeka Center berkata penurunan dalam populariti Musa paling tinggi
dikalangan pengundi Bumiputera Islam yang menjadi tulang belakang
sokongan Umno negeri itu, dengan penurunan daripada 72 peratus pada
November 2009 kepada 51 peratus pada bulan lepas.
Musa juga adalah ketua Umno Sabah dan BN.
Apabila ditanya sama ada perlu perubahan kepada ketua menteri, Bung
Mokhtar berkata: “Tiada komen terpulang kepada prerogatif PM.”
Apabila ditanya mengenai keputusan kaji selidik itu, Datuk VK Liew
dari Parti Liberal Demokratik (LDP) berkata: “Itulah sebabnya saya ingin
tahu mengapa mereka tidak berpuas hati, apakah kerana tidak mampu untuk
melaksanakan ..., kerana ekonomi atau rasuah?”
Beliau menambah bahawa tuduhan rasuah tidak harus dibuat tanpa
mengemukakan sebarang bukti,dengan mengatakan bahawa kadang-kadang orang
membuat tuduhan itu kerana “cemburu”.
Liew menunjukkan jumlah yang besar dalam tabung Sabah sebagai bukti
bahawa kerajaan melakukan dengan baik apabila mengulas mengenai rakyat
Sabah yang tidak puas hati dengan prestasi ekonomi negeri.
“Ia adalah jenaka kerana peti simpanan kerajaan negeri mempunyai wang
sebanyak RM4 bilion,” sambil menambah bahawa adalah tidak adil untuk
membuat satu kenyataan yang, mengatakan bahawa Sabah mempunyai lebih
dalam tabung berbanding dengan Pulau Pinang dan Selangor.
Beliau berkata kerajaan negeri masih boleh memperbaiki perkhidmatan
mereka dan menukar pendapat pengundi sebelum pilihan raya umum (PRU)
ke-13.
“Memandangkan kami mempunyai kira-kira enam bulan sebelum mandat
kerajaan negeri tamat, persepsi awam boleh berubah secara beransur-ansur
berdasarkan prestasi kerajaan.”
Tetapi timbalan ketua Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak
berkata Pungutan suara dan kaji selidik mempunyai kelebihan pada tahap
tertentu tetapi sekiranya tidak dijalankan dengan betul maka ia boleh
menjadi cacat dan tidak menghormati pihak-pihak tertentu.
Tanpa berkata kajian terkini Merdeka Centre adalah salah, Salleh
berkata bahawa jika sesuatu kaji selidik telah didorong oleh agenda,
maka tidak banyak dapat dilakukan untuk menghalang mereka yang di
belakangnya daripada memanipulasikan keputusan untuk menyesuaikan
rancangan mereka.
“Malah kata-kata soalan (dalam kaji selidik) boleh mencetuskan
respons tertentu dan membangkitkan seseorang daripada menyatakan perkara
yang dia sendiri tidak berniat untuk menyatakan terlebih dahulu,”
katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita Bernama.
Tambah Salleh beliau sendiri tidak fikir populariti Musa telah
merosot mahu pun keputusan bagaimana membangunkan negeri itu mempunyai
implikasi negatif terhadap rakyat negeri itu.
Sabah dan Sarawak adalah penting bagi kedua-dua BN dan Pakatan Rakyat (PR) untuk mengambil Putrajaya pada PRU akan datang.
Dalam Pilihan Raya 2008, BN kehilangan undi popular di Semenanjung
Malaysia dan penganalisis berkata sebahagian besar sentimen kekal sama
pada bulan-bulan yang menjelang pilihan raya akan datang.
Dalam bahagian pertama kajian dikeluarkan minggu lepas, Merdeka
Center mendapati bahawa hanya 54 peratus pengundi yang ditinjau pada
September tahun lepas merasakan negeri ini sedang berada di landasan
yang betul berbanding dengan 66 peratus pada November 2009.
Lima sebab utama penurunan sokongan termasuk isu pendatang tanpa
izin, rasa tidak puas hati dengan kepimpinan politik, kos hidup yang
tinggi, dan “persepsi” bahawa Sabah masih “ketinggalan” dalam
pembangunan ekonomi dan infrastruktur. The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment