Eksklusif Sekumpulan ibu-bapa etnik Penan sanggup tinggal dalam reban ayam terbengkalai bagi membolehkan anak-anak mereka bersekolah.
Keadaan
menyayat hati itu berlaku apabila tiada sekolah rendah atau menengah
didirikan berdekatan rumah panjang di kawasan pedalaman gunung-ganang di
Murum, Belaga.
Ia memaksa Labang Paneh, 35, (kanan), berulang-alik ke Sungai Asap yang terletak sejauh dua jam setengah perjalanan untuk menyekolahkan anak-anaknya.
Perjalanan
pergi balik hampir lima jam memaksa Labang mengubah gaya hidupnya
daripada memburu haiwan hutan di Murum untuk makanan kepada membuat
kerja rencam di Sungai Asap untuk menjana pendapatan.
Setiap hari apabila habis bekerja beliau akan menunggu lima anaknya di reban itu sehingga mereka selesai sesi persekolahan di SK Batu Keling dan SMK Bakun.
Kesungguhan
beliau dan beberapa orang lagi ibu-bapa Penan akhirnya membuka hati
pemilik reban untuk terus membenarkan mereka menetap di situ.
Menurut jurupandu yang menemani pasukan wartawan Malaysiakini, pemilik reban itu dipercayai adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Belaga, Datuk Tajang Laing.
"Bila SMK Bakun (dibina) kita minta tumpang sinilah walaupun sini reban ayam.
"Memang susah, jika biar anak kita sendiri sini memang tidak selesai juga.
"Kalau ibu bapa tidak di sini mereka tidak di sini," kata Paneh sambil menambah bahawa anak-anaknya kini hanya perlu berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk ke sekolah.

Keadaan
menyayat hati itu berlaku apabila tiada sekolah rendah atau menengah
didirikan berdekatan rumah panjang di kawasan pedalaman gunung-ganang di
Murum, Belaga.Ia memaksa Labang Paneh, 35, (kanan), berulang-alik ke Sungai Asap yang terletak sejauh dua jam setengah perjalanan untuk menyekolahkan anak-anaknya.
Perjalanan
pergi balik hampir lima jam memaksa Labang mengubah gaya hidupnya
daripada memburu haiwan hutan di Murum untuk makanan kepada membuat
kerja rencam di Sungai Asap untuk menjana pendapatan.Setiap hari apabila habis bekerja beliau akan menunggu lima anaknya di reban itu sehingga mereka selesai sesi persekolahan di SK Batu Keling dan SMK Bakun.
Kesungguhan
beliau dan beberapa orang lagi ibu-bapa Penan akhirnya membuka hati
pemilik reban untuk terus membenarkan mereka menetap di situ.Menurut jurupandu yang menemani pasukan wartawan Malaysiakini, pemilik reban itu dipercayai adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Belaga, Datuk Tajang Laing.
"Bila SMK Bakun (dibina) kita minta tumpang sinilah walaupun sini reban ayam."Memang susah, jika biar anak kita sendiri sini memang tidak selesai juga.
"Kalau ibu bapa tidak di sini mereka tidak di sini," kata Paneh sambil menambah bahawa anak-anaknya kini hanya perlu berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk ke sekolah.

Sehingga
kini, rumah panjang itu hanya diubahsuai dengan sekatan papan lapis
nipis untuk membezakan 22 pintu rumah dan memuatkan 106 orang.
Paling menyedihkan, lantai rumah itu diperbuat daripada kayu-kayu sebesar dua batang jari dan papan lapis yang memisahkan pintu rumah juga berlubang-lubang.
"Ini reban ayam tapi kami tidak peduli apa-apa.
"Sepatutnya kami berterima kasih kepada Tuhan kerana memberi tempat tinggal seperti ini," katanya sambil menambah mereka mula menetap di situ bermula 6 Januari 2006.
Guru gereja sediakan pendidikan percuma

seterusnya di sini
No comments:
Post a Comment